SharpShooter Followers

Monday, May 30, 2011

mat sembab cuba jerat najismah



Najismah dan timbalannya mat sembab dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk memanggil Pilihanraya Umum ke-13 akibat pergelutan kuasa dalam parti itu, kata seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat.

Mat sembab dilaporkan mendesak Najismah untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin walaupun Timbalan Presiden Umporno itu menyedari langkah itu mengundang padah untuk Umporno berasaskan sentimen semasa pengundi, kata Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid.

Menurut beliau, kekalahan untuk Umporno pada PRU-13 akan membuka laluan untuk Mat sembab mencabar Najismah pada pemilihan parti yang akan datang, dan jika menang, Mat sembab sekali gus akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Najismah

"Ramai yang ramalkan PRU bulan julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umporno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro Mat sembab mendesak supaya Najismah istihar pilihanraya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat."

"Kerana penguasaan, mat sembab ingin berkuasa tetapi Najismah masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam.

Nizam berkata kumpulan pro mat sembab menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Pak Lah yang suka tidur dari Putrajaya selepas beliau memanggil PRU ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.

Keputusan itu berakhir dengan Umporno-B-end hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Pakatan Rakyat turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah disamping mengekalkan Kelantan.

Tidak lama selepas itu, Mat sembab dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Pak Lah berundur "demi masa depan Umporno."

Apa yang berlaku dalam Umporno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Mat Sembab dan Najismah.

"Mat sembab mahu perangkap Najismah agar nasib yang diterima oleh Pak Lah akan terjadi kepada Najismah, sebab apa ianya berlaku...dari maklumat yang kita terima Mat sembab mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najismah. Jadi sebab itu Mat sembab mahu jadi Perdana Menteri"

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/