SharpShooter Followers


Saturday, July 30, 2011

Ashraf meninggal dunia

KUALA TERENGGANU - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina

- Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): "Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki." (Riwayat al-Bukhari).

-Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya): "Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki". (Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih).

Bukti Nas Al Quran Pengharaman Tukar Jantina

- Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata". (Surah an-Nisaa' ayat 119).

- Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". (Surah at-Tiin ayat 4).

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadith semoga kita menjadi insan yang bertaqwa..

Selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone