SharpShooter Followers


Thursday, July 28, 2011

Sudahlah Pak Menteri anak Yatim...orang dah tak sudi..

Kerajaan masih belum berganjak daripada cadangannya untuk menubuhkan majlis perundingan media walaupun rancangan berkenaan telahpun menerima tentangan ketika dikemukakan kepada beberapa pengarang kanan media.

NONEMenteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata, beliau percaya terdapat ramai di kalangan pengamal media yang bersetuju dengan cadangan itu.

"Kita belum lagi (berhasrat gugurkan cadangan). Ramai juga yang setuju. Mereka yang elitis belum lagi beri kata putus untuk setuju jadi kita akan ambil ini untuk perbandingan.

"Ini hanya saranan dan sambutan tidak menjadi hal kepada kita, asalkan tanggungjawab media itu adalah akur kepada segmen undang-undang negara kita.

"Kementerian hanya mencuba melihat bagaimana reaksi itu, jika tidak mendapat sambutan dari pihak media kita tak keberatan untuk melepaskannya dari pemerhatian kita," katanya lagi ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, satu bentuk pakatan di antara pengamal media perlu wujud dan kerajaan sekadar meminta supaya golongan berkenaan memberi kerjasama.

"Ini terserah pada mereka, tapi mesti ikut undang-undang," katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai tentangan keras yang disuarakan oleh pengarang kanan berkenaan ketika cadangan terbaru itu dibincangkan pada awal minggu ini.

azlanPengarang berkenaan melihat majlis perundingan itu sebagai satu bentuk kawalan baru sedangkan media pada masa ini sudahpun dikawal dengan sekatan undang-undang seperti perlesenan akhbar melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Mesyuarat yang menempuh kegagalan itu turut mendengar kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca dan jualan akhbar.


Portal berita atas talian seperti The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Today atau Merdeka Review sendiri tidak dijemput meskipun mereka mempunyai kad tauliah media dikeluarkan Jabatan Penerangan.

Sharpshooter - Sudahlah pak menteri....Ini bukan zaman hitam putih...jangan ingat kamu ada kuasa...kamu berkuasa segala-galanya..kamu mahu kongkong segalanya...kamu mahu tutup bangkai segalanya...bangkai tetap berbau...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/