SharpShooter Followers


Tuesday, July 12, 2011

BERSIH - PAS akan membela kakitangan awam dan mahasiswa

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS akan bersama dan memberi perlindungan kepada mana-mana kakitangan awam, mahupun mahasiswa yang dikenakan tindakan tatatertib ekoran menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Komitmen itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini.

"Kita akan memberi perlindungan kepada mereka jika dikenakan tindakan, kita tetap bersama mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAS kesal dan kecewa dengan sikap kerajaan yang mahu menghukum mereka yang menuntut demokrasi dalam negara diperbetulkan.

"Sepatutnya mereka perbetul apa yang seperti dituntut Bersih, bukan mengambil tindakan terhadap rakyat yang mahu perbetul demokrasi yang sudah tempang ini," tegasnya.

Jika dibuat, tindakan itu juga jelasnya bertentangan dengan titah Yang DiPertuan Agong yang mahu kerajaan bertindak secara adil terhadap rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah hari ini berkata kakitangan awam mahupun pelajar tajaan JPA yang didapati menyertai perhimpunan haram Bersih kelmarin akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan bahagian masing-masing.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau penglibatan golongan itu pada perhimpunan tersebut dan masih menunggu laporan daripada pihak polis sebelum menggerakkan langkah seterusnya.

Sharpshooter - Negara kita 1 Malaysia tetapi 2 undang-undang berbeza.

Jika guru itu ahli dan aktivis umporno b-end... maka didiamkan tetapi jika guru itu ahli dan aktivis Pakatan Rakyat maka akan diambil tindakan..

Jika kakitangan awam itu ahli dan aktivis umporno b-end.. maka didiamkan tetapi jika kakitangan awam itu ahli dan aktivis Pakatan Rakyat maka akan diambil tindakan..

Jika mahasiswa mahasiswi itu ahli dan aktivis umporno b-end.. maka didiamkan tetapi jika mahasiswa mahasiswi itu ahli dan aktivis Pakatan Rakyat maka akan diambil tindakan..

Jika mereka berdemo bersama umporno b-end.. Itu OK tetapi jika mereka berdemo bersama Pakatan Rakyat.. Itu KO..dimanakah keadilannya?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone