SharpShooter Followers


Monday, July 25, 2011

Akhirnya SPR mengaku ada pengundi hantu..sila BERSIHkan segera..

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih mengesahkan kewujudan pengundi hantu , kata Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu,  SPR  menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Selain itu, Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Mengulas perkara itu, Suhaizan berkata pengakuan Wan Ahmad dianggap kejayaan kepada Bersih 2.0 yang mengemukakan lapan tuntutan termasuk pembersihan daftar pemilih, lapor The Star dan Malaysiakini.

"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata nya yang juga pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS.

Suhaizan yang sebelum ini meminta SPR memberi penjelasan berhubung pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang, Kedah juga mengkritik proses pembatalan data bertindih yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat,  SPR tetap akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya

Sharpshooter :- Alahai SPR..tak tumbuh tak melata..tak sungguh Pakatan Rakyat tak kata..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone