SharpShooter Followers

Monday, April 30, 2012

Jingga 13 - BRUTALITI POLIS : PM,MENTERI DALAM NEGERI,SPR DAN KETUA POLIS NEGARA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

http://m.youtube.com/?client=mv-rim#/watch?v=-9y-KX72454

Jingga 13 menyelar tindakan brutaliti polis yang ternyata menjadi punca tercetusnya susana gawat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 semalam.

Tembakan gas pemedih mata yang ditembak kepada para demontran aman semalam telah mengakibatkan suasana yang tidak terkawal dan mencetuskan kemarahan rakyat kerana kehadiran lebih 250 ribu orang menyertai BERSIH 3.0 dengan niat aman dan bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

4 orang ahli Sakretariat Jingga 13 turut ditahan , dipukul dan dicederakan oleh pihak polis membuktikan tindakan brutaliti polis yang tidak dapat disangkalkan dan turut dilakukan terhadap semua demonstran yang turut dibelasah dan dicederakan.

Tindakan kereta polis yang muncul ditengah-tengah para demonstran disaksikan oleh saya sendiri yang bertindak memecut ditengah-tengah para demonstran yang menimbulkan kemarahan sehingga telah melanggar orang yang tidak bersalah. Isu kereta polis melanggar orang secara membabi buta tidak digemburkan tapi media UMNO terus menceritakan bagaimana para demonstran bertindak ganas terhadap anggota polis dan kereta polis .

Isu beberapa orang yang dilanggar oleh anggota polis tersebut yang hingga terpaksa menebalikkan kereta kerana terdapat mangsa yang dilanggar berada di bawah kereta terus disembunyikan.

Perdana Menteri . Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negeri wajar dipertanggungjawab terhadap segala apa yang berlaku .

Tindakan brutaliti polis yang membelasah, menzalimi para demonstran benar-benar mengecewakan dan membuktikan tindakan tersebut adalah di atas arahan dan disokong oleh mereka malah menyokong segala tindakan brutaliti yang dilakukan oleh pihak polis.

SPR wajar dipersalahkan kerana atas ketidak ketelusan , berat sebelah dan tidak profesional badan yang seharusnya adil, telus dan profesional menyebabkan rakyat bangkit turun ke jalanraya menyertai BERSIH 3.0. Sekiranya SPR menjadi badan yang adil, telus dan profesional sudah pasti tidak wujud perhimpunan sepertimana BERSIH 1.0,2.0 dan 3.0. Pengerusi SPR , Timbalan Pengerusi SPR dan seluruh Jawatakuasa SPR wajar meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah secara adil, telus dan profesional.

Satu Suruhanjaya DiRaja wajar dibentuk bagi menyiasat dan mendakwa semua yang terlibat dalam tindakan zalim terhadap rakyat. Atau kita bersedia untuk BERSIH 4.0 BILA PARLIMEN DIBUBARKAN!

Muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone