Jingga 13 akan membawa seorang mangsa pukul oleh anggota polis untuk membuat laporan di IPD Putrajaya Presint 7, 12 April 2012 pada pukul 11.30 pagi.
Jingga 13 menentang segala bentuk brutaliti yang melibatkan penjawat awam/ anggota keselamatan tanpa prejudis terhadap mana-mana pasukan keselamatan yang menjalankan tugas dengan baik. Namun insiden seorang Orang Kena Tuduh (OKT) yang dipukul ketika berada dalam 9 hari tahanan reman harus diambil perhatian serius.
Mangsa dituduh menganggu ceramah Umno di sebuah daerah di Kelantan, Lalu atas sebab apa mangsa direman sehingga 9 hari dan dipukul pula ketika berada dalam tahanan pihak polis?
Justeru Jingga 13 mengajak keprihatinan semua sahabat-sahabat media untuk turut serta disamping mangsa yang memerlukan sokongan moral daripada kita. Jingga 13 menghargai komitmen tuan/puan sekalian dan segala bentuk kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.
Muafakat.Prihatin.Berani
Vickneswaran Krishnan
Setiausaha
Jingga 13
Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
8 hours ago