SharpShooter Followers

Wednesday, April 18, 2012

Penjelasan Isu YDP MAINPP

Isu perlantikan Yang diPertua dan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya tidak perlu dijadikan modal politik oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun kini dalam musim pilihanraya, adalah tidak wajar bagi pihak-pihak tertentu mensensasikan isu ini sehingga menimbulkan suasana ketidaktentuan dan syak wasangka bekenaan isu agama.

Kedudukan sebenarnya ialah pada 20 Januari 2012, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat ke Istana Negara memaklumkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang memperakukan YB Dato' Haji Salleh Man sebagai Yang diPertua MAINPP selama tempoh dua (2) tahun mengikut Seksyen 11 (1) Enakmen Pertadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Kekeliruan ini berbangkit apabila watikah perlantikan daripada Istana Negara telah melantik YB Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim sebagai Yang diPertua MAINPP. Namun begitu pihak kerajaan negeri masih membuat rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengenai perkara ini. Justeru sepucuk surat telah diutus ke Istana Negara bagi memohon mengadap.

Pihak Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong tidak dapat menerima memohon mengadap kerana mungkin mempunyai urusan-urusan rasmi yang lebih mendesak seperti Pertabalan Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong.

Dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri sedar bahawa pihak MAINPP perlu menjalankan mesyuarat pertama dalam tempoh 3 bulan dari watikah perlantikan dikeluarkan. Oleh kerana itu, MAINPP akan  mengadakan mesyuarat pertama yang dijadualkan pada esok bersamaan 19 April 2012.

Sementara menunggu rayuan kepada Seri Paduka Baginda  Yang Di Pertuan Agong YB Dato' Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat ini seperti mana janji Pakatan Rakyat dalam dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada Ogos 2009.  

Sekian,

Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone