SharpShooter Followers

Friday, April 13, 2012

TV Selangor kini boleh ditonton di kaca TV rumah anda..demam TV3 suku..

Kerajaan negeri dengan sukacitanya melancarkan ETV Selangorku hari ini. ETV Selangorku merupakan teknologi yang membolehkan TV Selangor disiarkan ke kaca TV di setiap rumah dengan menggunakan saluran internet dan 3G.

Matlamat ETV Selangorku adalah untuk lebih mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat berkenaan program-program kerajaan negeri Selangor. Setiap rakyat di Selangor berhak mendapat berita yang tepat dan betul berkenaan dasar serta aktiviti kerajaan negeri.

ETV Selangorku akan diletakkan di tempat-tempat awam seperti pejabat jabatan kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, pusat khidmat masyarakat, tempat awam seperti tapak penjaja dan lain-lain.

Fasa pertama ETV Selangorku akan bermula daerah Sabak Bernam dan program ini akan diperluaskan ke seluruh negeri.

Satu unit akan diberikan kepada lima pusat khidmat masyarakat serta satu pejabat Majlis Daerah di Sabak Bernam.

DIKELUARKAN OLEH

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686

www.selangorkini.com.my
www.tvsnews.net
www.selangorku.com
http://www.youtube.com/user/mbselangor
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone