Penahanan Senator Australia Nick Xenophon di lapangan terbang di Sepang pagi tadi adalah merupakan satu tindakan biadap dan melampau Kerajaan UMNO/BN tanpa alasan yang kukuh penahanan dan pengusiran yang tidak ada asas dan memalukan negara di mata antarabangsa sebagai negara yang ternyata mengamalkan dasar kuku besi .
JINGGA 13 menyelar jawapan Datuk Seri Hisamuddin Hussein , Menteri Dalam Negeri yang menyokong tindakan penahanan Senator Nick Xenophon konon atas prinsip 'undang-undang' sedangkan ternyata berasaskan politik dengan menggunakan Jabatan Imigresen.
JINGGA 13 mempersoalkan atas kesalahan undang-undang apa yang dilanggar oleh Senator Australia tersebut sehingga secara biadap bukan sahaja menahan termasuk menghantar beliau pulang ke Australia?
Sehingga sekarang tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan undang-undang apa yang dilakukan oleh Senator Nick Xenophon disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.
Ternyata Kerajaan UMNO/BN terlalu takut terhadap kehadiran Senator Australia tersebut sehingga sanggup melakukan satu tindakan melampau seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah atau terroris .
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
10 hours ago