PENGERUSI Gerakan Mahasiswa Sertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13), Syis Abdul Kadir mengesahkan, salah seorang aktivisnya, Ihsan Bukhari (baju merah) dipukul kira-kira jam 1.00 petang tadi semasa berkempen di Kampung Teluk dalam Parlimen Pekan.
Beliau berkata, mangsa dipukul oleh sekumpulan samseng yang tidak dikenali, dipercayai khalayak tempatan demi mempertahan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami menang tidak kenal (samseng tersebut), tetapi, serangan terhadap mangsa dipercayai untuk halang kempen mahasiswa seru rakyat tolak Najib," ujar beliau menerusi telefon sebentar tadi.
Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMiUM) berkata, pihaknya dalam perjalanan ke balai polis berdekatan untuk membuat aduan lanjut.
Sementara itu, gambar mangsa dipukul oleh samseng di Pekan disebar secara meluas di laman sosial Facebook.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang disebut-sebut sebagai calon mahasiswa yang bakal menentang Najib di Pekan pula berkata, insiden tersebut menyerlahkan wajah sebenar Najib.
"(Budaya samseng) inilah simbol kempen 1Malaysia dan program (kempen) terbaru My Beautiful Malaysia adalah tipu belaka.
"Kalau budaya samseng itu tidak diupah oleh Najib secara langsung sekalipun, insiden itu membayangkan Presiden Umno itu tidak berupaya mengekang amarah penyokongnya sekarang.
"Insiden itu membayangkan bahawa kemungkinan penyokong Najib sendiri akan mencetuskan huru-hara jika Umno tewas di Putrajaya kerana itu pun isyarat yang sedang diberikan sejak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lepas," ujar beliau semasa dihubungi kemudian.
Justeru, beliau menyeru mahasiswa bermula sekarang supaya mendesak Najib memberikan jaminan bahawa proses peralihan kuasa mesti dilakukan secara aman semasa Umno tewas pilihan raya umum nanti.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
11 hours ago