Pengampu Najib Razak dipercayai menyunting rakaman video
yang memapar adegan Perdana Menteri berkomunikasi dengan penonton
konsert Gangnam Style bagi menangkis penolakan secara terbuka rakyat
negeri itu terhadap BN.
Rakaman
itu dikesan dimuat naik dua hari menjadi kejadian itu menjadi hangat
dan jenaka segenap lapisan rakyat, malah menjadi muka depan Suara Keadilan edisi 104, sebelum video yang disunting itu disebar melalui facebook khususnya fan page Sayangi Selangor yang didalangi Umno BN.
Suntingan itu melibatkan adegan Najib bertanya ‘Are You ready For BN?’ dan penonton menjawab ‘Yes’ sedangkan rakaman asli menunjukkan rakyat menyebut ‘No’ sebanyak tiga kali.
Paparan gambar ketika sebutan ‘Yes’ juga beralih-alih akibat
suntingan berkenaan, menyebabkan ramai pengguna internet tidak
menyakini kesahihannya sedangkan kedudukan kamera rakaman asli, statik
dan tidak berubah-ubah.
Mengulas perbuatan itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
(AMK), Lee Khai Loon, berkata suntingan itu sama sekali tidak akan
mengembalikan maruah Najib yang dimalukan rakyat.
“Ia hanya menambahkan malu Najib. Tiada gunanya lagi. Semua sudah berlaku, semua rakyat sudah tahu apa yang berlaku.
“Video
asal jelas menunjukkan betapa beraninya rakyat menolak BN. Untuk apa
ada video yang diedit. Banyak media sosial sudah memuat naik rakaman dan
ramai orang sudah menyaksikan rakaman asal,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau menyifatkan, perbuatan itu menunjukkan Umno BN yang takut dan
terdesak untuk meraih undi anak muda menyebabkan mereka terpaksa
melakukan perkara tidak masuk akal.
“Yang edit video ini tak ubah macam perangai TV3 dan media kawalan
Umno suka putar belit fakta. Kesudahannya buat malu diri sendiri kerana
rakyat tahu permainan mereka,” katanya.
Video yang disunting pengampu Umno, KLIK INI.
Video asal tanpa sebarang suntingan, KLIK INI.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
10 hours ago