Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa
pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat
bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.
Pengerusi
penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat
keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Dalam
surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur
membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium
berkenaan, katanya.
"Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden
PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang
dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan
perhimpunan tersebut.
"Kita akan menghantar jawatankuasa untuk
berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya
yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka.
Dalam
sidang media hari ini, Mohamad berkata seramai 5,000 orang anggota unit
amal akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan
berkenaan.
Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua pula
berkata, penganjur juga akan membincangkan dengan pihak stadium mengenai
kapasiti hadirin bagi perhimpunan tersebut.
Pakatan Rakyat
Selangor pada hari Isnin lalu dilaporkan akan membawa seramai 300,000
orang terdiri daripada aktivis dan penyokong parti bagi menyertai
perhimpunan tersebut.
Sementara itu Wanita Pakatan Rakyat menyasarkan ribuan anggota mereka dari seluruh
negara membanjiri Stadium Merdeka Sabtu ini dengan membawa enam tuntutan
supaya dilaksana kerajaan memerintah.
Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, tuntutan tersebut
adalah sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah, gaji berpatutan kepada
golongan wanita dan kualiti hidup lebih baik.
“Wanita
Pakatan juga menentang keganasan terhadap wanita, pemansuhan Akta
Perhimpunan Aman 2012 dan pilihan raya bersih dan adil,” katanya pada
sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Haniza, kumpulan mereka akan berkumpul di Pasar Seni, Kuala
Lumpur jam 2 petang dengan warna tema ungu sebelum berarak ke Stadium
Merdeka.
“Wanita KEADILAN Selangor sahaja, kita sasarkan 5,000 ahli. Tidak termasuk negeri lain. Kita jangkakan ribuan akan turun.
“Kita seru kepada wanita-wanita lain, yang tidak berparti, dan bukan
ahli NGO untuk turut bersama. Sasaran kita ialah sejuta rakyat,”
katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menegaskan, HKR
112 adalah peluang terbaik golongan wanita membantah dasar ekonomi dan
sosial negara yang tidak berpihak kepada mereka.
“Saya menyeru golongan wanita muda, profesional dan kaum ibu untuk bersama bersolidariti dalam HKR 112,” katanya.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan
Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower),
Maria Chin.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/