KHAIRY JAMALUDDIN
MENARIK BALIK TUDUHANNYA DAN MENGESAHKAN WATAK PERKAUMAN UMNO
Kenyataan Khairy Jamaluddin
yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau
tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma
berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.
Seterusnya, beliau juga cuba
memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan
di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.
Kedua-dua kenyataan ini bukan
sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat
penyelesaian ( Settlement Terms ) yang
dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16
Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri
di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.
Syarat penyelesaian menyebut
seperti berikut:
“Since the defendant (Khairy
Jamaluddin) is now prepared to say
that he did not say the offending words as opposed to the position
taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”
Khairy dan Pemuda UMNO sebelum
penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat
perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.
Malah, dalam transkip ucapannya
yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut
perkara-perkara ini.
Muka surat 10 transkrip ucapan yang
dikemukakan dalam mahkamah:
“Tuan-tuan, saya balik daripada
Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin
Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu
lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.
Sekarang ini Anwar sudah masuk
kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah
lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.
Tuan-tuan, sudah jadi macam
ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup
menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”
Bukan sahaja beliau menuduh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga
mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan
Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.
Muka surat 11 transkrip ucapan
Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:
“Pilihanraya yang akan datang
adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup
memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi
boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang
sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat
asing?”
Dari transkrip ucapan yang
menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa
kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar
Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada
transkrip ucapan beliau yang disediakan
oleh peguam UMNO sendiri dan
bukannya mana-mana laporan akhbar.
Oleh sebab itulah, syarat
penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy
bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar
Ibrahim.
Pendirian awalnya yang
memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan
boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy
pada 1 Ogos 2007.
Oleh yang demikian, apabila
beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut
yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.
Kenyataan - kenyataan susulan
Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur.
Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau
telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.
Namun, lebih membimbangkan
adalah kenyataan - kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara
ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.
Perkara ini perlu diberi
perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus
menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di
negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai
oleh pengundi-pengundi.
Setelah meneliti kenyataan -
kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya
berpendapat ianya mempunyai unsur - unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula
kepada Mahkamah.
TIMBALAN PRESIDEN
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/