Setelah sekian lama akhirnya Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mula memberikan reaksi terhadap dakwaan Deepak Jaikishan dengan menyifatkan Deepak sebagai "individu yang tidak dipercayai" dan "terlalu sibuk" untuk menjawab segala dakwaan ahli perniagaan permaidani tersebut.
JINGGA 13 hairan terhadap sikap Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang menunjukkan reaksi mengelak daripada bertindak mempertahankan diri terhadap dakwaan serius oleh Deepak dengan dakwaan jenayah. Sebagai Perdana Menteri dan First Lady Of Malaysia ini adalah satu tuduhan yang serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan maruah , integriti dan kredibiliti mereka.
Deepak Jaikishan mendakwa Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam usaha penukaran akuan sumpah pertama oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam pada tahun 2008 yang turut mendedahkan Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
JINGGA 13 mempersoalkan jawaban ringkas Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa Deepak sebagai "individu yang tidak boleh dipercayai". Adakah ianya bermaksud bahawa Deepak tidak boleh dipercayai kerana mendedahkan kebenaran dan gagal menutup rahsia terhadap peranan yang dibuat oleh beliau dalam usaha menutup skandal pembunuhan Altantuya melalui Akuan Bersumpah Pertama P.Balasubramaniam? Malah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah sehingga kini sedikit pun TIDAK MENAFIKAN segala dakwaan Deepak.
Sehingga sekarang walaupun Deepak telah mendedahkan beberapa siri pengakuan terhadap perlakuan dan tindakan jenayah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor , tetapi kedua-dua mereka masih gagal untuk memberikan respon yang menyakinkan rakyat bahawa mereka berdua tidak terlibat sepertimana yang didakwa oleh Deepak.
JINGGA 13 telah membuat laporan polis pada 14 Disember 2012 di Balai Polis Dang Wangi , tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan oleh pihak Polis , malah tidak ada seorang Pegawai Penyiasat pun memanggil kami untuk diambil keterangan. JINGGA 13 menyelar sikap berdiam diri pihak polis daripada mengambil tindakan proaktif terhadap laporan jenayah melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tetapi berbeda terhadap tindakan melibatkan rakyat marhean.
JINGGA 13 MENDESAK Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melakukan tindakan undang-undang menyaman Deepak Jaikishan agar segala dakwaan Deepak dibicarakan di mahkamah . Sikap Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang terus mengelak dan tidak mengambil tindakan terhadap Deepak menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi oleh rakyat.
Rakyat sedang memerhati dan menunggu tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah. Rakyat wajar menolak penjenayah sebagai Perdana Menteri dengan menolak UMNOBN dalam PRU 13.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone