|
ZAIRIL Khir Johari (kiri) dan Stevan Steven Sim Chee Keong (kanan) bersama pemuda DAPSY lain menunjukkan aduan polis yang menyifatkan Mohd. Puad mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan serta berniat jahat terhadap parti mereka serta Pakatan Rakyat. |
DATUK Dr. Mohd Puad Zarkashi disindir gara-gara Menteri Pelajaran itu
dilaporkan menuduh "DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?" melalui
akhbar Utusan Malaysia serta beberapa akhbar kawalan Umno lain.
Zairil Khir Johari
(kanan) selaku Setiausaha Politik bagi
Setiausaha Agung DAD Lim Guan Eng berkata, kenyataan itu membayangkan
negara ini seolah-olah tiada undang-undang.
Justeru, Zairil yang juga Ketua Pengarah Eksekutif bagi Penang Institute
membuat satu aduan di Ibu pejabat Polis (IPD) Timur Laut, George Town
pada petang tadi.
"Saya rasa kita (rakyat) hidup dalam sebuah negara yang tiada
undang-undang langsung. Ikut sedap hati dia (Mohd. Puad) nak kata apa
pun tak apa.
"Bila kita saman dan dia mungkin akan kalah pun, kata apa pun tak apa.
Sudah banyak kali Utusan dibuktikan mengfitnah DAP. Lebih RM500 duit
dana pilihan raya DAP pun datang daripada (bayaran) saman oleh Utusan.
"Tujuannya bermotif niat jahat untuk menimbulkan api perkauman. Ini
adalah suatu hasutan yang dilaporkan oleh media-media Umno dan Mohd Puad
sendiri. Saya harap polis boleh ambil tindakan (siasatan lanjut)," ujar
beliau di sini.
Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Malaysia berkata,
dakwaan Mohd. Puad yang juga Majlis Tertinggi Umno Malaysia adalah
"sesuatu yang tidak masuk akal".
"Saya rasa ini kenyataan yang tidak masuk akal kerana DAP bukan parti
(mewakili) mana-mana agama, DAP memperjuangankan semangat demokrasi yang
tulin.
"Lagi pun, mana nak dapat duit yang begitu banyak untuk mencetak 100,000
naskah Bible untuk diedarkan secara percuma," ujar beliau sambil
ketawa.
Setiausaha DAPSY - sayap pemuda Umno - Steven Sim Chee Keong bersama
hampir 20 pemuda DAP turut hadir pada sidang media tersebut.
Difahamkan, DAP Perak dan Negeri Sembilan turut membuat aduan polis
berasingan berhubung kenyataan Mohd. Puad yang didakwa berniat jahat
tersebut.
Zairil berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak lagi
kenyataan berunsur hasutan akan dikeluarkan oleh para pemimpin Umno demi
menghasut rakyat supaya menolak integriti DAP serta Pakatan Rakyat
menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Ahad lepas, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Mohd. Puad
menuduh DAP merancang untuk "mencetak 100,000 naskah Bible versi bahasa
Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara
percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pula Pinang."
Manakala, akhbar Berita Harian pula melaporkan, Mohd Fuad "mendakwa
menerima maklumat itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya"
dalam sebuah artikel berita berjudul 'DAP didakwa mahu edar 100,000
Bible Melayu'.
Akhbar berbahasa Inggeris, New Strait Times melaporkan, "Parti
pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000
naskah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri,
termasuk Kedah dan Kelantan."
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/