Jingga 13 mempersoalkan mengapa mangsa digari, kemudian dipukul, dibogelkan serta dilumur dengan serbuk kunyit dan kemudiannya mangsa didapati meninggal dunia. Setelah itu dicampakkan ke bahu jalan dan dibiarkan sehingga pasukan forensik PDRM yang tiba jam 11 malam.
Kenyataan Ketua Polis Kajang amat diragui kerana dilihat seolah olah satu cubaan ingin menutup kes itu dengan mendakwa bahawa polis tidak memukul Sugumar hingga mati dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sedangkan tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit.
Adalah menghairankan apabila pihak polis mendakwa bahawa tidak ada unsur janayah, sedangkan mereka telah merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi berkenaan. Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai 'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.
Jingga 13 mendesak pihak PDRM untuk segera membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan kepada pegawai dan anggota-anggota polis termasuk beberapa individu yang terlibat memukul mangsa sehingga membawa kematian. Seseorang yang ditahan dan dituduh bersalah seharusnya dibicarakan dan diadili terlebih dahulu sebelum dijatuhi hukuman. Polis dan orang awam tiada kuasa untuk menghukum sesuka hati seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Malaysia.
Jingga 13 memandang serius terhadap tindakan kejam sesetengah pegawai dan anggota polis yang menggunakan kekasaran melampau terhadap OKT. Insiden ini bukan baru berlaku tetapi telah banyak kali berulang kali dan ramai OKT kehilangan nyawa ketika ditahan polis.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
Mohd Rudey Bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone