Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani,
mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu
untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.
Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
“Mahasiswa
bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian
menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam
facebooknya.
Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24
minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM
memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan
enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.
Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma,
atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru
dalam BN.
Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu
menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.
Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak
boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya
mahasiswa.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri
di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan
meneruskan hujahnya.
Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.
Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.
Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem
pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan
hala tuju pendidikan negara.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago