Insiden “listen ... listen ... listen” yang menimbulkan kekecohan di
laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen
Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem
pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana
pelajar di negara ini diajar melalui kaedah “listen” seperti dalam
video di laman YouTube tersebut.
“Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul ...
listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak
kita diajar,” kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk
Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.
Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu telah bermula sejak
pelaksanaan Biro Tata
Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk
menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.
“Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu ...”
“Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin
berkuasa penuh terhadap rakyat,” tegas Anwar di hadapan lebih 3,000
hadirin majlis tersebut.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjelaskan, hanya melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan.
“Pendidikan adalah asimilasi ilmu pengetahuan, untuk mendapatkan pendidikan bagi menyebarkan kebenaran,” katanya lagi.
Anwar dalam ucapannya juga sekali lagi turut mencabar Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat kerana menurutnya Najib adalah
pemimpin yang lemah kerana terpaksa mendapatkan khidmat bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penasihat” Umno.
“Najib seorang perdana menteri yang lemah, maka dia terpaksa
‘outsource’ melalui Perkasa dan Tun Mahathir,” katanya yang turut
merujuk kepada badan bukan kerajaan pro Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa
(Perkasa).
“Saya sekali lagi cabar Najib untuk berdebat!” kata Anwar disahut sorakan hadirin yang hadir.
Kutipan derma malam tadi berjaya mengutip sejumlah RM66,3042.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago