SharpShooter Followers

Monday, January 21, 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN Utusan Meloya ternyata amat meloyakan

Saman Fitnah Anwar Terhadap Utusan: Kemenangan Untuk Keadilan
 
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini yang mendapati bahawa Utusan Melayu (M) Bhd serta ketua editornya, Abdul Aziz Ishak bertanggungjawab terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kemenangan ini bukan sahaja kepada Anwar tetapi untuk badan kehakiman itu sendiri. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang kotor tidak akan diberi toleransi oleh mahkamah.
 
Hari ini merupakan hari yang menentukan kebebasan badan kehakiman. Hakim perlu mempunyai pegangan yang berani dalam membuat penghakiman tanpa perlu mengambil peduli tekanan yang diterima. Oleh itu, saya salut kepada Hakim VT Singham untuk tindakan tegas dan keputusan yang tepat ini.
 
Pada pendapat peribadi saya dan saya percaya bahawa rakyat seluruhnya, tidak timbul sebarang keraguan mengenai artikel-artikel yang disiarkan oleh media alat Umno pada 17 Januari tahun lepas itu merupakan satu fitnah yang telah dirancang untuk merosakkan reputasi Anwar serta mendedahkan beliau kepada cemuhan dan penghinaan awam.

Seperti yang dinyatakan Anwar didalam mahkamah, pemilikan Umno keatas Utusan Malaysia dan penerimaan arahan mereka daripada presiden parti itu bukan lagi rahsia.
 
Amat memberangsangkan  apabila hakim memutuskan bahawa selayaknya Utusan dicemuh kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, saya sendiri merupakan mangsa kepada kewartawanan kotor ini.

Turut membuktikan kewajaran penegasan mahkamah bahawa kenyataan Anwar telah diambil di luar daripada konteks sebenar dan sangat jelas dalam wawancara BBC tersebut kelulusan  aktiviti LGBT melalui undang-undang tidak disebut oleh Anwar.
 
Saya menyeru Utusan dan media yang dikawal UMNO-BN yang lain untuk menghentikan serangan karakter yang sangat keji dan jahat terhadap Anwar serta sedar dan perbetulkan kesilapan mereka dan amalkan kewartawanan yang lebih bertanggung jawab mulai saat ini.
 
Keadilan akan terus ditegakkan.
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone