Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM
Saya adalah pembantu khas Timbalan
Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.
Saya merujuk kepada laporan-laporan
media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan
korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai
tinggi.
Saya amat terkejut kesemua laporan
media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan
seperti berikut:-
1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa
transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi
mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan
seksual tersebut;
2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan
telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa
siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya
sebagai suspek atau pesalah;
3)Siasatan berkenaan dakwaan
korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai
Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari
Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).
4)Memandangkan terdapat niat jahat
serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan
saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya
telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap
saya tanpa sebarang justifikasi.
Sekian penjelasan saya.
Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau
Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/