SharpShooter Followers

Tuesday, January 15, 2013

#LISTEN LISTEN LISTEN... Srikandi desak Sharifah Zohra mohon maaf pada Bawani



Srikandi KEADILAN hari ini kesal dengan insiden yang tercetus di antara ahli panel jemputan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan saudari Bawani KS yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di UUM apabila pelajar itu dimalukan dalam satu sesi Forum Dialog Mahasiswa Suara Perubahan yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Saudari Bawani KS ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab.

Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh saudari Bawani KS dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini.

Puan Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani.

Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional. Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa , isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah #listen!

Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya “Diam dan Dengar” ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus “ didiamkan”.

Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.

Puan Sharifah Zohra yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) adalah lambang kepada budaya pembodohan Umno BN yang selama ini menanam rasa ego kuasa yang akhirnya melenyapkan kesantunan bahasa dan budaya Melayu.

Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya “diam dan dengar” tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka.

Kepada saudari Bawani KS, Srikandi KEADILAN mengutus salam tahniah diatas keberanian dan ketegasan beliau dalam menyuarakan pendapatnya tanpa mengira siapa.

Ini keberanian yang harus didokong dan dicontohi oleh semua anak muda terutamanya wanita muda Malaysia tanpa mengira latar belakang dan siapa kita dalam menyuarakan hak dan pendapat kita.Ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak!

Siti Aishah Shaik Ismail
Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kebiadaban Sharifah Zohra kepada Bawani bukan boleh dipadamkan dengan hanya minta maaf. Oleh kerana Sharifah ni rasa dia pandai dan berkuasa diforum tersebut (tetapi sebenarnya seorang penal yang tak cerdik dan bengap) elok diulang adakan forum tersebut secara terus menerus untuk tuntunan rakyat Malaysia. Jemput Bawani dan mahasiswa/siswi yang hadir diforum tersebut sekali lagi.
Biar dia jawab soalan Bawani yang dimatikan dengan LISTEN! LISTEN! LISTEN!...........................................
Mohamad fitri izuan's avatar

Mohamad fitri izuan · 639 weeks ago

oleh kerana masing2 berhak untuk bersuara lebih baik kite dgr pendapat kedua-dua belah pihak.. jika tidak itu namenye diskriminasi…TQ
sila rujuk link ini —> http://www.facebook.com/notes/fitri-izuan-abdul-r...
Ya,, mesti diadakan , wajib diadakan forum sekali lagi kerana kita hendak tahu kesudahan idea saudari Bawani KS, jangan mematikan idea pelajar muda itu dan kita menyokong sepenuhnya kalau diadakan debat terbuka diantara Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan saudari Bawani KS. Kalau tidak puan sharifah Zohra itu tidak layak dipanggil seorang panel, tetapi layak dipanggil seorang sudal diulang sundal murahan. Tinggok pada nama bukan main hebat, tapi macam puki dia, ini sah otak letak dekat puki.
By now everybody must have known the real meaning of abbreviation of UMNO...i.e U= You M=Must N=Not O=Object...!! Angguk saje macam sesumpah..!!

Post a new comment

Comments by