SharpShooter Followers

Friday, January 11, 2013

Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka

Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.

"Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

"Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.

"Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.

Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.

Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.

Guna pengangkutan awam

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.

"Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.

"Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya.

Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/