SharpShooter Followers


Tuesday, November 03, 2009

USAHA NAJIB LUMPUHKAN PAKATAN RAKYAT

Umno sanggup bekerjasama dengan PAS ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan PAS.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" PAS.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan PAS.

"Saya tidak tahu apa pendirian PAS sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin PAS)," kata perdana menteri. BERNAMA

ADAKAH SELEPAS INI ADA LAGI PIMPINAN PAS YANG SEDIA BERUNDING TENTANG KERAJAAN PERPADUAN?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/