KUALA LUMPUR:Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang bersara dari jawatan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)kelmarin (1 November), menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan YADIM untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan yang Dr Asri tidak diterima UMNO mahupun PAS.
Nakhaie juga turut dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua YADIM untuk melancong ke luar negara.
Ekoran itu, Nakhaie mendakwa, dua laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan hasil siasatan SPRM setakat ini membuktikan Nakhaie bersih daripada tuduhan itu.
Nakhaie juga mendakwa Dr Asri telah memberikan bayangan seolah-olah beliau memperalatkan YADIM untuk meraih kekayaan.
Malah dakwanya, Dr Asri juga telah meminta Audit Negara menyiasat YADIM untuk memastikan sama ada terdapat penyelewengan wang.
"Bagi saya, Dr Asri tak perlu bagi arahan kepada Audit Negara (AN) kerana AN memang telah dan dipertanggungjawabkan untuk menyiasat perbelanjaan YADIM.
"Jangan campur tangan. Siapa beliau nak mengeluarkan arahan ini?" katanya pada sidang akhbar di kediamannya yang berhampiran dengan Markas PAS, Taman Melewar, Gombak semalam.
Nakhaie mendakwa YADIM telah diaudit pada awal tahun ini.
Isu 'YADIM perlu diaudit segera' menjadi panas apabila perkara ini dibangkitkan pada hari Sabtu lepas oleh Dr Asri pada sidang akhbar 'Memorandum Fitnah Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong'.
Memorandum itu, antara lain, membantah ura-ura pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.
Menurut Nakhaie, Dr Asri adalah nama yang disebut-sebut untuk menggantikan tempat beliau untuk jawatan Yang DiPertua YADIM.
Mohd Nakhaie juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau terlibat dalam sebarang penghantaran memorandum untuk membantah pelantikan Dr Asri sebagai Yang DiPertua YADIM.
Ditanya mengenai punca-punca dia mengesyaki dirinya menjadi sasaran fitnah itu, jelas Mohd Nakhaie: "Sebab dia menyebut individu terbabit dari segi umur, perkaitannya dengan YADIM dan tiada kaitan dengan agensi-agensi lain. Maka, jelas dia tujukan tuduhan itu kepada saya.
"Permintaannya terhadap Audit Negara agar siasat YADIM dan bukan agensi lain. Ini bermakna tuduhan penyelewengan itu ditujukan kepada saya," jelas Mohd Nakhaie.
Sehubungan itu, Mohd Nakhaie mencabar Dr Asri agar menamakannya sebagai orang yang makan rasuah.
"Terus-terang saja, sebut nama saya makan rasuah. Kalau tidak, dia jadi pembohong...dia tak mahu orang bohong, tapi dia bohong," katanya.
Mohd Nakhaie kesal hal-hal sedemikian dipaparkan dalam suratkhabar dan ini mempamerkan konflik antara orang-orang agama sekali gus menjadi satu paparan tidak baik kepada masyarakat.
Mengenai dakwaan bahawa beliau berkata Dr Asri tidak ditolak Umno dan Pas, Mohd Nakhaie mempersoalkan bila beliau berbuat demikian kerana tiada sebab atau ruang untuknya berbuat demikian.
Ketika menjawab isu penahanan Dr Asri yang didakwa kerana sabotaj JAIS, Nakhaie berkata, "Walaupun dia bekas Mufti tapi dia perlu ada tauliah untuk memberikan ceramah agama.
"Di Perlis mungkin dia tak perlu ada tauliah tapi di Selangor, ianya perlu," kata Nakhaie.
Nakhaie juga memberitahu yang dia telah menjadi Yang DiPertua YADIM selama 4 penggal sejak 10 tahun lalu. Kalau ikut kontrak, dia sepatutnya bersara pada April 2012.
"Sebab apa saya tak pasti kenapa kontrak saya dipendekkan. Mungkin kerana saya dah tua," jelas Nakhaie yang berusia 67 tahun.
MUNGKINKAH PENAHANAN USTAZ ASRI BERPUNCA DARI ISU INI?...
SIAPAKAH NAKHAIE INI?...
Dialah yang mempelopori kafir-mengkafir dan selepas itu dia keluar PAS dan masuk UMNO. Setiap kali pilihanraya PAS terpaksa berhempas pulas menangkis serangan UMNO.
Masa berlalu dengan pantas, kemasukannya ke dalam UMNO dengan niatnya yang suci murni untuk berdakwah dan mencuci UMNO dari dalam nampaknya tidak berjaya.
DSAI pernah duduk di dalam UMNO untuk mencucinya dari dalam dan sudah hampir berjaya tetapi terpelanting keluar dengan zalimnya.
Hari ini Nakhaie meminta orang Melayu beriltizam memperkukuhkan perjuangan dan memperbaiki kepimpinan bangsa dengan membersihkannya daripada semua bentuk amalan tidak bermoral terutama rasuah.
Nakhaie perlulah beratib dan berzikir setiap hari seperti, "Jangan rasuah, Jangan Rasuah, Jangan Rasuah" sebanyak 3000 kali sebelah pagi dan 3000 kali sebelah petang, kot-kot UMNO boleh berubah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
5 minutes ago