SharpShooter Followers


Wednesday, November 18, 2009

Selepas Chegu Bard, Najib pula sertai Facebook


Selepas Chegu Bard kini Najib pula menyertai Facebook.

Laman Facebook Perdana Menteri boleh dibaca di www.facebook.com/najibrazak.

"Dalam hal blog ini dan halaman Twitter saya, saya akan gunakan Facebook untuk menyampaikan fikiran dan aktiviti saya kepada anda.

"Selain memuat kemas kini status, saya akan memperkongsikan pautan, foto Flickr, video dari YouTube dan maklumat mengenai minat saya seperti masakan kegemaran saya, kegemaran pada masa lapang," katanya dalam pos
ting terbaru di blog beliau.

Najib juga menggesa orang ramai melawati Facebooknya dan memperkongsikan pendapat mereka bagi menambahbaik halamannya.

Perdana Menteri berkata setelah mendapat galakan oleh jumlah pengikut di Twitternya, beliau akan terus mengemaskini pemikirannya menerusi Twitter.

Sementara itu, tinjauan di halaman
Facebook beliau menunjukkan beliau telah menyertai jaringan itu pada pertengahan Oktober dan sehingga ini ada 804 penyokong.

Kiriman beliau yang kebanyakannya berhubung dengan isu-isu semasa dalam negara juga mempelawa komen daripada pembaca.

Di seksyen maklumat Facebook itu, Najib juga memuat informasi peribadi dan minatnya termasuk lagu dan muzik, tayangan gambar dan petikan kata-kata favorit.

Ketika menerangkan mengenai dirinya, beliau berkata: "Kehidupan saya cukup sibuk, tetapi saya sukakannya. Pada masa lapang, saya memberi tumpuan kepada makan tengah hari Ahad bersama keluarga, menonton TV dengan anak-anak saya dan pergi bercuti".


Beliau menyebut bapanya yang juga perdana menteri kedua Malaysia Allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai pengaruh terbesar ke atas dirinya.

"Tetapi saya mengkagumi kepetahan Sir Winston Churchill berucap dan sikapnya yang tidak sekali-kali mengalah, Nelson Mandela kerana pengorbanannya dan kerana tidak pernah mengelak dari berdepan dengan keadaan yang bertentangan dan JFK," ujar beliau.


Sementara itu Anwar Ibrahim yang baru dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan bayaran RM1 dikecam hebat oleh Tun Mahathir dalam blognya.

Anwar juga baru melancarkan perang terhadap Najib...selepas tu..... kita minum dulu....

Inilah kematangan berpolitik namanya....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/