Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.
Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.
Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.
"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.
"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.
Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.
Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".
Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.
Sedutan wawancara tersebut:
Anda pernah berkata anda bertemu seorang Datuk VIP Melayu di luar bilik pameran Volkswagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapa lelaki itu?
Beliau Datuk Nazim Razak, adik (Datuk Seri) Najib (Razak).
Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.
"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)
Deepak (Jaikishan) yang membawa mereka berdua ke sana untuk berjumpa dengan saya.
Sebab itulah ASP Suresh (Kumar) tidak mahu kami bertemu di tempat yang mempunyai rakaman kamera CCTV.
Sewaktu anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral dengan Deepak, (adiknya) Dinesh dan ASP, dan selepas anda menandatangani akuan bersumpah kedua, apakah mereka menyatakan apa-apa lagi yang anda fikir penting?
Ya, ada dua perkara yang Deepak beritahu saya. Katanya, (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor) sangat gembira apabila saya menarik balik akuan bersumpah pertama saya dan ingin bersarapan dengan saya.
Apabila saya bertanya Deepak selama mana saya seharusnya meninggalkan negara ini, dia berkata sehingga Najib menjadi perdana menteri baru dan kemudian barulah saya boleh pulang.
Bala mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak.
Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya.
Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 bagi menampung perbelanjaan meninggalkan Malaysia.
Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat sama-sekali.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
23 hours ago