SharpShooter Followers

Wednesday, November 11, 2009

Apakah tindakan PKR kepada kedua dua YB PKR?

Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya.

"Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di
bangunan Parlimen hari ini.

"Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Islam dan orang Islam atau sebaliknya," katanya.

Zulkifli membuat cabaran itu ketika menjawab kenyataan Sivarasa dalam sebuah akhbar
berbahasa Inggeris hari ini bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada Zulkifli.

Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden.

Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.

Mengapa kedua-dua YB PKR ini bertelagah dalam media? Apakah sudah tidak ada cara lain?

Adakah YB PKR bebas membuat kenyataan kepada media?

Adakah tindakan hanya akan diambil kepada amk tetapi tidak kepada YB PKR?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/