Thursday, February 25, 2010
Jamuan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina YB Ong Chin Wen
TARIKH : 25 FEBRUARI 2010
HARI : KHAMIS
MASA : 7.30pm HINGGA 10.30pm
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA PERKAMPUNGAN JURU, JURU
SEMUA DIJEMPUT HADIR
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tiada maaf bagimu...
Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.
"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.
Sebelum ini, Tan (kanan) mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.
Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.
Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.
Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan (kiri) berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.
Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.
Sementara itu Utusan Meloya macam biasalah...
Boh api lagi...
Tidak ada seorang pemimpin yang maksom pun pada zaman sekarang...semua pemimpin ada buat silap...
Cumanya pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sanggup mengaku kesilapan dan memperbetulkannya...bukan berdolak dalih..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wanted
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya memang meneruskan siasatan tetapi belum memaklumkan perkembangannya kepada mangsa.
Oleh itu, beliau mengarahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng menziarah mangsa dan memberi maklum balas terperinci mengenai perkembangan kes.
“Polis juga akan memastikan keselamatan Choon Tee, 49, terjamin serta memantau agar suspek tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Ayub berkata, seorang suspek direman pada Oktober tahun lalu selepas ditangkap di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebelum dituduh di mahkamah, suspek diserahkan kepada polis Johor untuk membantu siasatan kes pertama.
“Ketika dalam proses siasatan, tempoh remannya tamat dan dibebaskan dengan jaminan polis. Tetapi suspek melanggar syarat dengan menghilangkan diri. Kini polis giat mengesannya,” katanya.
Sehubungan itu, polis sedang mencari Gee Teik Beng, 50, untuk membantu siasatan.
Alamat terakhir di No 38, Lengkok Tembaga Park Island, Pulau Pinang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Program Anwar di Penang dan Kedah
Program Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang dan Kedah
27 Februari 2010 (Sabtu)
7.00 - 9.00 Malam – Jamuan Makan Malam Cabang Permatang Pauh
Dewan Green Wellesly, Chai Leng Park, Prai
Turut meraikan –
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Mansor Othman
4. YB Ramasamy
5. YB Azmin Ali
9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Tolak Fitnah - Selamatkan Malaysia
Padang Bola Sepak Guar Jering
Penanti, Permatang Pauh
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Mansor Othman
4. Ybhg Ust. Shahril Long
Di Kedah
9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana
Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena
Km 8 ½, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah
Penceramah:
i. YB Dato’ Mahfuz Omar
ii. YB Dr. Hatta Ramli
iii. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ku sangkakan ayam sabung...rupanya ayam piru...
Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.
Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.
Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu?
Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?
Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA.
Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!
Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!
Alahai...Pemuda umno...
Ku sangkakan ayam sabung....
Rupa-rupanya ayam piru....
Sekali ku cerkah...lari teranguk-angguk...
Siap bunyi lagi...
oklok..oklok..oklok....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, February 24, 2010
Isu Debat - Pemuda UMNO P.Pinang dan Terengganu bacuI
24 Febuari 2010
TOLAK BERDEBAT : BUKTI SAIFUL BAHARI BAHARUDIN DAN PEMUDA UMNO PENGECUT DAN TAKUT UNTUK BERDEPAN DENGAN REALITI , HILANG JATIDIRI DAN HALATUJU SERTA MENGESAHKAN MEREKA ADALAH PENGKHIANAT MELAYU TERENGGANU
Belum pun sampai TUJUH (07) hari , Sdr. Saiful Bahari Baharudin ( Ketua Pemuda UMNO Terengganu ) telah menolak untuk berdebat dengan saya dalam tajuk AMK ATAU PEMUDA UMNO PERLU DIBUBARKAN : HALATUJU & SIAPA PENGKHIANAT MELAYU .
Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap “ baling batu sembunyi tangan “ dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah.
Penolakkan debat adalah bukti nyata beliau dan Pemuda UMNO bimbang, segala pekung dan nanah mereka akan terbongkar, dan sesungguhnya benarlah, mereka mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu Terengganu.
Terang lagi jelas, Sdr Saiful Bahari dan Pemuda UMNO bukan sahaja tidak mempunyai halatuju, malah telah hilang jatidiri, menjadi mereka tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak muda negeri Terengganu .
Saiful dan ‘awak-awak’ Pemudanya hanya dilihat ‘gah’ menggunakan media tapi ‘kurang jantan’ untuk berpencak, berdepan digelanggang.
Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar Sdr. Saiful Bahari ‘mengunci mulutnya’ dan duduk berdiam diri kerana beliau telah hilang kelayakan untuk memimpin pemuda UMNO Terengganu.
Terbukti Pemuda UMNO adalah golongan ‘kurang upaya’ yang hanya mampu berdiri bertongkatkan wang ringgit, dan menyuap ‘gula-gula rasuah’ kedalam mulut anak-anak muda negeri Terengganu dengan Dana Bakti Remaja atau Wang Ehsan.
Justeru, adalah wajar sdr. Saiful Bahari Baharudin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu .
Sdr. Saiful juga gagal menjawab beberapa persoalan yang saya dan AMK bangkitkan berkaitan halatuju Pemuda UMNO yang penuh palitan kehitaman akibat gejala penyelewengan , rasuah dan salahguna kuasa kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu, termasuk kegagalan, ketidakadilan , pilih kasih , penginayaan serta kezaliman dalam melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu Darul Iman .
Beliau juga gagal memberikan penjelasan, keterlibatan beliau dalam syarikat multi-jutaan MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang beroleh projek runding terus, pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. To’ Kong bernilai RM226 juta.
Beliau gagal menjelaskan kezaliman Umno dan BN Terengganu dalm perlaksanaan projek tersebut serta melibatkan 14 buah rumah rakyat bakal dirobohkan di Kg. Banggol Donas .
Saiful juga gagal, menafikan penjualan projek tersebut kepada seorang Kontraktor bukan Melayu, lalu menelan sendiri airliur dan ludah dari tempikan slogan “ketuanan Melayu” yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO.
Kasihan ahli – ahli pemuda UMNO di cawangan-cawangan, yang hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sedang pemimpin pemuda UMNO seperti Saiful, meraih laba, melonggok harta dan kaya raya dengan keuntungan atas angin, cari projek dan jual projek.
Malang bagi rakyat yang terus teraniaya, ditindas dan dizalimi, secara halus dan jelas, Pemuda Umno bukan lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ‘membela dan menyembelih’ rakyat.
Saya dan AMK Negeri Terengganu menyeru dan mempersilakan, ahli-ahli Pemuda UMNO agar keluar dan meninggalkan parti ‘racist’ itu.
Saya mengalu-alukan mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat atau sebarang parti dalam Pakatan Rakyat yang telah membuktikan membawa perubahan ‘cakna’ dan menjaga kebajikan sepertimana yang dilaksanakan di negeri Selangor , Kelantan , Kedah dan Pulau Pinang .
Dasar Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama parti-parti Pakatan Rakyat adalah lebih mengutamakan kepada pembangunan insan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, hak-hak wanita, generasi muda, kakitangan kerajaan , pekerja swasta, petani, nelayan dan seluruh rakyat .
Debat adalah merupakan adalah platform terbaik yang diamalkan oleh negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat dalam memberikan penjelasan dan hujah yang professional , fakta dan mudah difahami oleh rakyat . Rakyat akan dapat menilai dengan baik tanpa prejudis. Malah amalan tersebut berlaku dalam sidang parlimen serta Dewan Undangan Negeri sebelum sesuatu dasar atau polisi diluluskan .
Sekiranya debat tidak berguna , bubarkan sahaja sebarang pertandingan debat atau bahas yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hujah Sdr. Saiful terlalu dangkal dan kebudak-budakkan .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Isu Debat - Mengapa GPMS berdolak dalih?
PULAU PINANG, Feb 23 — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.
Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.
“GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, GPMS juga masih menunggu jawapan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai permintaan untuk berbincang secara bersemuka berkenaan pembelaan orang Melayu Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang yang diketuai DAP itu.
“Kami telah menghantar surat pada 4 Feb lepas tetapi setakat ini masih belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya.
Semalam Pergerakan Pemuda dari DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini. — Bernama
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Artikal yg menyebabkan kena saman RM1.5 juta
J: Sudah tentu. Saya rasa ini adalah salah satu daripada konspirasi . Akan tetapi, saya tidak tahu siapakah dalang di sebalik konspirasi tersebut.
Ini kerana, tidak dapat dibayangkan untuk penangkapan hanya tak ada tauliah menggunakan kuasa polis yang sebanyak itu dan menggunakan pegawai Jais yang begitu ramai dan saya menganggap perbuatan itu adalah salah satu usaha yang bertujuan untuk memalukan saya.
Mereka mahu saya kelihatan keluar dengan keadaan tangan saya digari dan ia seolah-olah mahu menghina saya supaya dengan itu moral saya akan jatuh.
S: Boleh Dr jelaskan tentang dakwaan Jakim bahawa sijil yang dimiliki Dr itu adalah sijil palsu?
J: Mereka (Jakim) bukan dakwa sijil saya di UIA. Sijil saya di UIA adalah sijil PhD, UIA juga tahu kerana ia mudah untuk disemak. Kemudian Master saya di USM dalam jurusan pengajian Islam. Tapi, sijil yang didakwa palsu, yang tidak dimiliki itu adalah sijil saya di University of Jordan.
Saya ada rakan-rakan dari University of Jordan. Mereka tahu, memang ada bidang syariah pada zaman itu. Saudara Zamihan dari Jakim kata ini adalah bohong, saya memalsukan sijil. Bayangkan saya adalah bekas mufti, saya ‘public figure’ dalam negara ini, dia kata saya telah melakukan pemalsuan sijil. Ini adalah suatu perkara yang besar, bukan satu perkara remeh.
S: Boleh Dr perjelaskan dengan lebih terperinci tentang dakwaan itu?
J: Dia tidak pertikaikan saya ada sijil ini, sebaliknya mempertikaikan ada stroke syariah. Di sini, sijil ini menunjukkan pengkhususan saya ialah Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Dia kata saya cuma ada kelulusan Bahasa Arab sahaja, Syariah tidak ada.
Bayangkan. Yang pertama bohong, yang keduanya, jikalah benar saya telah ada Master dalam pengajian Islam dan PhD dalam Hadis...Dan kemudian, saya nak tanya. Ramai lagi mufti dalam Malaysia ini, pernahkah dia bertanya tentang sijil mereka? Tapi, kenapa perkara ini nak dibangkitkan?
Saya ingat, ia bermula di Jais sebab itu saya ingin mengingatkan bahawa Jakim jangan bertindak sesuatu sehingga menyebabkan orang menyangka perkara ini ada kaitan dengan kerajaan pusat, setelah Perdana Menteri (PM) menafikannya. Jika dia (PM) nak sabotaj saya, saya ingat nanti dia akan sabotaj juga kerajaan pusat. Saya harap esok (semalam) Pengarah Jakim akan membuat kenyataan berhubung kenyataan pegawainya ini, iaitu Zamihan Mat Zain. Ini tuduhan yang saya rasa malu nak jawab benda-benda macam ini.
Bayangkan, isunya adalah berkenaan dengan tangkapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada saya. Tiba-tiba timbul tentang masalah sijil saya palsu pula. Tidakkah ini dapat dilihat sebagai satu rentetan untuk menjatuhkan kredibiliti saya?
Apa yang dipersoalkan oleh mereka adalah tentang perkataan Syariah itu, dia nak bagitau masyarakat bahawa saya bukan orang yang pernah belajar tentang Syariah. Anda semua tahu ada apa di sebalik kenyataan ini?
Dia cuba untuk mereka sesuatu yang akan membuatkan semua orang tidak akan mempercayai saya.
S: Adakah Dr akan mengambil tindakan terhadap orang yang membuat kenyataan tersebut?
J: Saya rasa perbuatan itu cukup melampau. Hari ini juga pelbagai pihak guaman telah menghubungi saya dan menawarkan perhidmatan percuma supaya mengambil tindakan saman malu terhadap fitnah dan penghinaan yang dilemparkan kepada saya.
Saya rasa dukacita untuk melakukan perkara tersebut, ni ustaz nak saman ustaz ni..Saya rasa ia suatu perkara yang berat, tetapi saya nak ingatkan kepada individu tersebut bahawa ini ada implikasi undang-undang dan orang seperti ini...kalau ada individu-individu seperti ini duduk dalam badan-badan kerajaan atau mana-mana organisasi, menyalahgunakan kuasa untuk menjatuhkan orang lain..ia menjadi liabiliti kepada mereka, suatu benda yang menyusahkan dan memalukan institusi itu.
S: Bagaimana dengan metodologi wahabi yang sering dikaitkan dengan penyampaian kuliah atau ceramah?
Kita nak supaya jais dan mana-mana negeri yang suka menuduh orang wahabi, supaya berikan apa makna wahabi. Kita tak tahu apa itu makna wahabi. Kalau saya kata beri pandangan yang berbeza dengan Jais itu adalah wahabi..Ooohh, kalau macam tu ramai manusia itu wahabi.
S: Tapi, pada pandangan Dr sendiri apa itu Wahabi?
J: Secara jujurnya, pada pandangan saya, Wahabi itu bukanlah mazhab, tetapi pergerakan yang berlaku di Saudi dan pergerakan ini banyak sumbangannya, tidak dapat dinafikan. Ada juga beberapa pandangan yang kita rasa mungkin kita tidak dapat terima 100 peratus.
Begitu juga pendekatan di Arab Saudi umpamanya, ulamaknya mewajibkan pemakaian purdah..Saya tidak fikir begitu. Tapi, saya tidak boleh hina purdah kerana itu satu pendapat.
Tapi, kalau tanya saya, saya kata itu tidak sesuailah. Pada nas atau pada apa pun, itu pada penilaian saya. Banyak juga pandangan saya yang tidak sama. Tapi, kalau kata berbeza mazhab, Jais sendiri juga berbeza.
Dalam perbankan Islam di negara kita ini pun berapa banyak pandangan-pandangan luar daripada mazhab Shafie. Tapi, mengapa mereka tidak dituduh wahabi? Dalam zakat juga sama. Dan, kalau kata kerana tidak Qunut, berapa ramai lagi orang yang tidak membaca Qunut tapi kalau itu pun nak buat tangkapan menggunakan polis, lebih baik pergi buat operasi, tangkap orang yang tidak bersolat.
Saya fikir, apa ni?berilah rasional, dan kes ini belum selesai. Mereka hanya menunggu masa untuk memanggil dan mendakwa saya. Masalahnya, dia sedang menyiasat, dan mencari tuduhan. Macam mana ni? Orang ada kes dulu baru tangkap. Ini tidak, tangkap dulu, baru cari apa salah awak.
S: Adakah Dr akan menyaman Jais di atas tangkapan yang dibuat? Dan berdasarkan tawaran yang dibuat oleh peguam seperti yang dinyatakan tadi?
J: Saya memang dinasihatkan untuk itu, tetapi..Yalah, awak semua pun tahu nak saman badan Islam..Macam-macamlah perasaan saya sebagai orang Islam sendiri, bercampur-campur. Tetapi ini telah melamoaui batasan.
Insyaallah mudah-mudahan hati saya besar. Saya sebenarnya, bukan apa. Walaupun ia kena pada diri saya, tapi saya melihat survival negara. Saya mengharapkan titik tolak ini akan memberikan ruang kepada orang lain dalam negara ini untuk boleh bercakap dalam soal agama dengan lebih luas. Kalau satu orang tu sudah ada sijil Sarjana ataupun Master atau PhD daripada pengajian Islam, di universiti-universiti Islam...Berilah peluang untuk dia bercakap. Kalau benar-benar dia ada kes, betul dan terbukti menyeleweng, sesat, awak dakwa dia.
Kenapa mesti dia dah dapat PhD, dapat Master, kena pergi menghadap pegawai-pegawai Jais..Bukan saya nak menghina mereka tetapi, sebahagian daripada mereka tak ada sijil tinggi pun. Kemudian, kena menghadap pulak mereka, mereka buat kesimpulan boleh dapat atau tidak, berapa lama kena ‘renew’ pula, dua tahun kena renew pulak, lepas itu pergi temuduga pulak..Saya nak mereka memberikan definisi apa itu ‘religious teaching?’ Kalau orang Islam tidak boleh bercakap tentang isu Islam, habis saya nak bercakap macam mana?
Saya ditangkap di dalam rumah. Sekarang ini saya bercakap, agama tidak membenarkan kita, Islam untuk memfitnah, berbohong dan menganiayai orang. Ini agama. Ertinya saya boleh ditangkap. Esok (semalam), saya dijemput oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk satu seminar, bercakap tentang kaunseling di dalam Islam. Saya dikatakan tiada tauliah. Tetapi, saya dijemput oleh universiti, jadi maknanya saya boleh ditangkap jugalah kerana saya tidak mempunyai tauliah, walaupun saya dijemput atas kapasiti saya sebagai pensyarah universiti yang ada PhD dalam bidang agama. Tak boleh juga kerana itu di Selangor, kalau ikut pada pentakrifan itu.
Jadi apa ini? Oleh sebab itu, saya memuji Pulau Pinang kerana Pulau Pinang antaranya negeri yang bebas. Dan saya harap, dengan perubahan politik di Selangor, Selangor sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk mendengar hasrat rakyat.
Saya tahu, kalau mereka sendiri fikir dengan perkembangan sejak akhir-akhir ini, rakyat bukan suka buat macam ni. Rakyat suka diberi kebebasan.
S: Jadi, Dr akan saman atau tidak pihak berkenaan?
J: Untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), saya akan ambil tindakan. Untuk Jais, saya tidak menyalahkan mereka, tetapi kesal dengan cara operasi itu dibuat.
S: Adakah Jakim perlu memohom maaf secara terbuka kepada Dr tentang apa yang telah berlaku?
J: Jakim memang perlu meminta maaf kepada saya. Tapi, Jais ni saya minta bos dia lihat upacara atau peristiwa tangkapan itu dibuat.Sekarang ada dalam internet.
Jakim mesti bertanggungjawab kerana dalam laporan sebuah akhbar menulis bahawa Jakim, melalui pegawainya, Zamihan Mat Zain mengatakan Asri palsu. Siapa Zamihan Mat Zain ini? Adakah dia juga ada tangan-tangan ajaib yang tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Tiba-tiba dia nak msuk campur daripada cerita tangkapan kepada cerita sijil ini?
S: Adakah Dr akan menerima tawaran daripada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)?
J: Saya belum menerima official letter daripada Yadim dan tidak berangan-angan untuk melihat official letter itu. Kalau ia datang, sehingga setakat ini saya sudah mengatakan yang saya tidak berminat ke arah itu.
S: Bagaimana pula dengan cabaran bekas Yang DiPertua Yadim, Datuk Nakaie Ahmad yang mahu Dr membuktikan tuduhan menyeleweng seperti yang dilaporkan dalam akhbar?
J: Kenapa dia cabar saya? Saya cuma kata saya meminta pihak audit supaya melakukan audit kepada Yadim. Kenapa dia begitu sensitif? Kalau boleh saya nak tahu juga, ramai orang besar menyebut tentang pengendalian urusan perbelanjaan Yadim ini. Ramai yang mengatakan Yadim mempunyai aset, bangunan di Indonesia. Kenapa sampai perlul ke Indonesi? Sedangkan kita di Malaysia ni pun ramai lagi yang belum dapat.
Bukan saya tuduh, tetapi saya tanya mengapa dalam waktu yang terdekat sebelum beliau berhenti, membeli bangunan yang berharga jutaan, dalam tempoh itu, dan disegerakan.
Saya tanya sebab saya rakyat Malaysia dan in adalah ‘public fund’, wang umum, wang rakyat. Antara sumber utama Yadim adalah dari kerajaan. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia cabar saya.
S: Jika selepas ini kurangnya serangan, adakah Dr akan berfikir untuk menerima tawaran di Yadim?
J: Buat masa ini, saya tidak beminat. Jika keadaan berubah, suasana lebih munasabah,saya tak tahu..mungkin boleh dipertimbangkan. Kerana tawaran Yadim ini bukan tawaran bersurat, tetapi tawaran daripada mulut PM yang dimaklumkan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya. Dan, sekali lagi perkara tersebut dimaklumkan PM ketika berucap di Janda Baik, Pahang, dan ada juga sebahagian daripada pemimpin besar negara sudah pun mengucapkan tahniah kepada saya. Pun begitu, saya tidak menerima sebarang surat menyurat berkenaan hal itu. - Azila Sinar Harian
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Nakhaei saman RM1.5 juta
Nakhaie, 67, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi semalam.
Dalam saman itu, Nakhaie sebagai plaintif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alias sebagai defendan pertama hingga kelapan.
Hussamuddin adalah penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila adalah wartawannya.
Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.
Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di institusi tersebut.
Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.
Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.
Sementara itu dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian. - Bernama
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, February 23, 2010
Tan Tee Beng sedia ke Jawatankuasa disiplin
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pemuda Umno pengecut - Shamsul Iskandar
Umno negeri itu dilihat berdolak dalik dan cuba lari dari cabaran sebenar kerana tidak berani berdepan dengan realiti dan fakta dengan berselindung melalui cabaran terhadap Guan Eng.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran yang diuar-uarkan dalam media.
”Pada saya, itu satu helah politik Umno untuk lari daripada berhadapan dengan isu sebenar dan mengelak dari debat ini dilakukan untuk mencari kebenaran.
"Yang menganjur dan mengajak berdebat datang dari Pemuda Pakatan Rakyat kepada Pemuda Umno, tapi mereka ingin melarikan diri dengan mencabar Lim Guan Eng pula,” katanya.
Sekreteriat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini melontar cabaran kepada Pemuda Umno untuk berdebat isu ’Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ pada 7 Mac depan di Ekspo Seberang Jaya
Shamsul berkata, Umno sebenarnya tidak berminat mencari kebenaran dalam isu kepentingan Melayu Pulau Pinang sebaliknya bermain politik dengan memberi alasan remeh.
Sebelum ini, katanya, Umno Pulau Pinang lantang membangkitkan pelbagal isu Melayu dan mengecam pentadbiran Guan Eng tetapi mereka membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan statistik dan fakta sebenar.
”Kalau mereka tidak berani berdebat, terbukti mereka ini pengecut dan mencari publisiti murahan untuk mendapatkan populariti. Apakah tiada bijak pandai dalam Pemuda Umno untuk berdepan Pemuda PR?" katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pemuda UMNO biadap koyak surat jemputan
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Mana Lebih Canggih...Pesawat Israel tanpa juruterbang, pesawat Malaysia tanpa enjin
Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.
Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.
Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.
Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.
''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.
Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.
Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.
Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.
Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.
Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.
Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.
Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.
Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Tetapi Di Malaysia lagi canggih, Pesawat tanpa enjin...syabas..Malaysia Boleh...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Perarakan Maulidur Rasul UMNO P.Pinang
Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam.
Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.
Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.
Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.
Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara.
Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.
Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.
PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno.
Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya.
Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.
Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Papagomo-Saiful fitnah ke2
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya menyiasat satu blog yang mendakwa mempunyai bukti penipuan orang yang menuduh Datuk Seri Anwar meliwatnya iaitu Saiful Bukhari Azlan. Blog itu, milosuam.blogspot.com memaparkan perbualan antara seorang blogger, Papagomo dengan Saiful Bukhari melalui facebook.
|
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, February 22, 2010
Pemuda UMNO dan Dewan Perniagaan Melayu bacul
Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.
“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.
Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.
“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.
Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.
“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Zahrain & Parti Cinta Malaysia
Menurut maklumat yang sangat2 boleh dipercayai, orang-orang Zahrain kini sedang berusaha memujuk orang-orang lama (pejuang2/reformis/pengasas) PKR Bayan Baru untuk sama2 ke lubang taik!!
Cara pujukan dibuat adalah dengan menghantar SMS memohon individu2 terpilih tersebut memikirkan kembali perjuangan PKR yang tidak menguntungkan.
Zahrain tidak akan melompat kepada UMNO, sebaliknya beliau dan beberapa ekor yang lain akan menyeberang ke parti baru yang ditubuhkan di Pulau Pinang iaitu Parti Cinta Malaysia.
Berita lanjut di sini
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Malaysia dengan hilangnya...
Selain itu, sebuah jengkaut milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai kira-kira RM1 juta turut dilaporkan hilang awal tahun ini.
Laporan mengenai kehilangan kereta itu diperoleh berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi 2008.
Bagaimanapun, sebuah daripada Proton Perdana V6 itu serta jengkaut berkenaan berjaya ditemui semula selepas laporan polis dibuat.
Wakil rakyat pembangkang, Mohd. Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) ketika membangkitkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mempertikaikan kehilangan berkenaan yang disifatkannya tidak sepatutnya berlaku.
Menurutnya, mengikut laporan itu kereta bernombor pendaftaran TAF 2277 yang digunakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu hilang di tempat letak kereta restoran makanan segera KFC di Batu Buruk di sini.
''Sebuah lagi kereta bernombor pendaftaran TAM 323 hilang di tempat letak kereta Tesco, Ampang, Selangor, manakala kereta bernombor pendaftaran TAF 8181 bagi kegunaan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri hilang di rumahnya,'' katanya semasa membahaskan Bajet Terengganu 2010 pada persidangan DUN hari ini.
Jelasnya, beliau membangkitkan isu berkenaan bagi menyedarkan betapa tidak seriusnya pegawai kerajaan negeri dalam mengawasi dan menjaga kereta milik kerajaan.
''Saya bukan mereka-reka cerita tetapi pendedahan dibuat setelah meneliti laporan tersebut. Walaupun semakan audit mendapati tiga pegawai telah membuat laporan polis pada hari kehilangan tetapi pemantauan kurang dilakukan.
''Sehingga kini satu kes kehilangan kenderaan (TAF 2277) telah selesai manakala dua kes lagi masih di tangan Jawatankuasa Penyiasat,'' katanya.
Mengenai kehilangan jengkaut milik MBKT, Mohd. Abdul Wahid berkata, kenderaan milik agensi itu dijumpai di tempat pembuangan sampah MBKT di Kampung Tok Koh, Sungai Ikan dekat sini selepas dilaporkan hilang.
Beliau berasa hairan bagaimana jengkaut sebesar dan seberat puluhan tan metrik itu boleh hilang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
AMK - malaysia akan terpinggir
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menganggap adalah sia-sia tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk membantah dan mengecam tuntutan ahli-ahli Parlimen Australia yang menuntut agar perbicaraan konspirasi jahat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihentikan.
Tuduhan dan perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu usaha terdesak oleh sebuah rejim yang terus berusaha untuk menggenggam kuasa sedangkan rakyat sudah tidak lagi memberikan sokongan kepadanya. Justeru Dato’ Seri Najib Razak dan Barisan Nasional terpaksa mengharapkan kepada fitnah dan konspirasi.
Keterangan-keterangan yang tidak masuk akal yang dilemparkan dan usaha menghalang tertuduh mendapatkan bukti dan senarai saksi menyebabkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia, melihat perbicaraan itu sebagai perbicaraan sandiwara atau sham trial. Justeru khalayak dunia yang berpegang kepada nilai keadilan akan terus mengecam kezaliman ini dan menuntut ia dihentikan. Ulama terkenal telah mengkritik perbicaraan fitnah ini. Ahli-ahli Parlimen Australia menuntut ia dihentikan. Pengerusi Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat menuntut agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan keadilan.
Selepas ini akan lebih ramai pemimpin dari lebih banyak negara yang akan menyuarakan pendirian mereka terhadap usaha terdesak BN untuk mengekalkan cengkaman kuasa mereka. Tindakan tidak peduli terhadap tuntutan masyarakat dunia ini dan malah usaha untuk membantahnya akan hanya menjejaskan kedudukan Malaysia di mata dunia. Tuntutan agar negara lain tidak peduli dengan segala kezaliman yang berlaku di dalam negara akan hanya mengasingkan Malaysia daripada komuniti demokratik dunia. Risikonya ialah Malaysia mungkin akan tergolong sebagai negara pariah yang terpinggir dan dipulaukan.
Perjalanan kangaroo court yang membicarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan menjejaskan dengan teruk kredibiliti sistem kehakiman Malaysia. Syarikat-syarikat asing tidak akan mempunyai keyakinan untuk melabur dan berurusan dengan Malaysia sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan akan dilindungi undang-undang dan mahkamah yang adil. Perbicaraan-perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan skandal perlantikan hakim dalam kes VK Lingam membina keyakinan bahawa mahkamah di Malaysia boleh dimanipulasi dan diperkudakan untuk mengikut telunjuk pemerintah.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia dengan ini menggesa semua pihak menghentikan usaha sia-sia membantah tuntutan masyarakat dunia untuk keadilan ini. Sebaliknya Malaysia perlu memberikan tumpuan dan berusaha untuk memastikan negara ini mampu menjadi sebahagian warga dunia yang bertanggungjawab di mana keadilan ditegakkan dan mahkamah tidak diperalatkan.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kapal asing ditahan lagi
Ketika dua kesalahan itu masih dibicarakan di mahkamah, kapal itu sekali lagi ditahan di perairan Kota Tinggi awal pagi semalam kerana melakukan kegiatan yang sama.
Kapal itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan tiga batu nautika di selatan Tanjung Stapa, Kota Tinggi.
Ketua Penguat Kuasa APMM Tanjung Sedili, Komander Maritim Abd. Hadib Abdul Wahab berkata, pihaknya yang membuat rondaan berjaya mengesan kapal berkenaan bersama kapal MT Gas Eurasia dari Bangkok, Thailand di dalam keadaan mencurigakan pada pukul 2.30 pagi.
Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen untuk melakukan pemindahan minyak daripada pihak berkuasa di negara ini.
"Walaupun kes melibatkan kapal MT Eastern itu dalam tindakan mahkamah dan dokumennya dipegang oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan, namun kapal berkenaan masih bergerak bebas dari Perairan Tanjung Piai ke Perairan Pengerang.
"Kesalahan yang dilakukan kapal ini adalah kali ketiga dan sehubungan itu, kita berharap tindakan tegas dikenakan ke atas kapal terbabit supaya dapat memberi pengajaran kepada yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abd. Hadib berkata, kapten dan ketua jurutera kedua-dua kapal bersama 29 anak kapal melibatkan 18 warga Myanmar, lapan Thailand dan dua Indonesia berusia antara 21 hingga 64 tahun dibawa ke ibu pejabat APMM untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, kedua-dua kapal itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491b(1)(k) Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan untuk melakukan pemindahan atau penerimaan di laut.
Katanya, kesalahan itu juga membabitkan kegagalan memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti kapal ke kapal.
"Mereka juga gagal memaklumkan ketibaan berada di perairan Malaysia," katanya.
Jika sabit kesalahan, katanya, kedua-dua kapal itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kehakiman lemah punca negara luar campur tangan
KUALA TERENGGANU, 20 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kelemahan proses kehakiman dan perundangan negara ini telah menyebabkan pihak luar campur tangan dan memprotes sistem kehakiman negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.
Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.
Ketika ditanya wartawan "Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?" Abdul Hadi menjawab begini:-
"Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat."
Berikut ialah jawaban penuh beliau kepada soalan yang dikemukakan pihak media.
Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?
Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.
Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?
Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.
Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?
Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.
Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?
Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.
Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?
Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.
Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?
Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.
Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?
Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/