SharpShooter Followers

Tuesday, February 02, 2010

Ahli PKR saman Jeff Ooi DAP 10 juta


Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman malu RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi yang didakwa membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat secara berulang terhadap beliau.

Mohd Razali Abdullah yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diiringi peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor memfailkan saman itu melalui Tetuan V M Mohan, Fareed & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Razali mendakwa Jeff Ooi yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan mengenai dirinya secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.

Menurutnya, maruah dan reputasinya tercalar apabila fitnah yang dibuat dan disiar itu diketahui umum berikutan liputan meluas media yang menyebabkan beliau dan keluarga mengalami tekanan emosi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut satu injunksi kekal terhadap defendan untuk tidak mengulang atau menyiar perbuatan fitnah itu dan juga satu permohonan maaf daripada defendan dibuat secara terbuka.

Razali berkata, tindakan saman dibuat selepas Jeff Ooi masih enggan membuat permohonan maaf walaupun diberikan tempoh yang agak lama sebelum ini.

Sementara itu, Jeff Ooi ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata, beliau sedia untuk berhadapan dengan Razali di mahkamah mahupun di khalayak awam untuk menjawab tuntutan Razali.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/