SharpShooter Followers

Sunday, February 07, 2010

Tan Tee Beng dirujuk ke lembaga disiplin parti

KUALA LUMPUR, Feb 7 — Senarai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirujuk kepada lembaga disiplin terus meningkat dengan yang terbaru ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, yang baru-baru ini menyokong pendirian rakannya mengecam teruk Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dengan itu, setakat ini empat orang telah diputuskan oleh pucuk kepimpinan parti itu agar disiasat oleh lembaga disiplin dalam tempoh 30 hari.

Keputusan untuk merujuk Tan kepada lembaga disiplin dicapai pada mesyuarat Biro Politik PKR, Rabu lalu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail.

Difahamkan siasatan ke atas Tan juga akan tertumpu kepada tindakan beliau membelakangi saluran parti dalam memberikan pandangan dan kritikan berkaitan dasar PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Ini kali pertama sejumlah pemimpin yang berjawatan, yang banyak jumlahnya, dirujuk kepada lembaga disiplin PKR iaitu dalam tempoh selang 10 hari.

Malah jumlah itu dilihat besar ketika pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kes liwat kedua beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum ini tiga pemimpin PKR telah diputuskan kepada lembaga disiplin sejak 26 Jan lalu.

Pada 31 Jan lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim telah diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin kerana bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu melabelkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator, chauvinis dan berfikiran komunis, malah tidak suka dikritik.

Malah beliau turut mendakwa pucuk kepimpinan khususnya Anwar, penasihat PKR terlalu berkompromi dengan Lim sehingga mengabaikan kepentingan PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin kerana menyifatkan parti tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

Terdahulu, MPP yang bermesyuarat 26 Jan lalu memutuskan untuk merujuk Zulkifli kepada lembaga disiplin kerana membelakangi semangat PR dengan membuat aduan polis terhadap rakan sejawatannya dari PAS, Khalid Samad agar disiasat di bawah Akta Hasutan.

Surat makluman mengenai keputusan biro politik akan dikeluarkan kepada Tan Isnin ini, kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

“Selepas meneliti beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nibong Tebal (Tan), biro politik juga telah memutuskan untuk merujuk beliau kepada lembaga disiplin.

“Biro politik juga memandang serius kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Tan sejak beberapa hari yang lalu,” kata beliau.

“Kita juga akan memberikan masa sebulan kepada lembaga disiplin untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas YB Tan,” katanya.

Beberapa hari selepas Zahrain menyifatkan Lim sebagai diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis, Tan juga tampil secara terbuka mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan menyifatkannya sebagai berat sebelah.

Tan mendakwa sikap ala diktator yang ditunjukkan Lim, juga Setiausaha Agung DAP, menyebabkan hubungan rakan PR di Pulau Pinang hanya kelihatan baik secara luaran tetapi ‘bergolak’ di dalam.

Beliau mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Lim pada pilihan raya umum akan datang.

“Ramai wakil rakyat PKR dan ketua bahagian PKR di Pulau Pinang kecewa dengan pentadbiran Lim,” katanya.

Sehari selepas keputusan Biro Politik PKR itu, pada sidang media di ibu negara Tan mempersoalkan keahlian tmbalan presidennya, Senator Dr Syed Husin Ali kerana Parti Rakyat Malaysia yang pernah dipimpinnya masih beroperasi sedangkan ia dilaporkan sudah bergabung dengan Keadilan untuk membentuk PKR.

Tan meminta agar Syed Husin digantung dari jawatannya itu.

Dalam pada itu, menurut Saifuddin, lembaga disiplin sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat sejak Isnin lalu untuk membincangkan kes Zulkifli, Zahrain dan Zaid.

“Saya sudah membincang dan menjelaskan kepada mereka keputusan biro politik dan MPP, dan kini terserah kepada mereka untuk menentukan tindakan susulan.

“Lembaga disiplin diberikan masa 30 hari ini untuk menguruskan kes-kes ini,” katanya.

Lembaga disiplin terdiri daripada 10 anggota dengan dianggotai oleh Syed Kamaruzaman

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/