SharpShooter Followers

Friday, February 12, 2010

Zahrain.. Jadi JIN tidak bertuan

Semalam saya terima banyak panggilan telefon dari sahabat2 P.Pinang mahupun dari Selangor dan KL hingga jam 2.06 pagi yang bertanyakan soal benarkah Zahrain akan umum keluar PKR.

Saya cuma katakan jika itu benar-benar terjadi...biarkanlah. Itu hak dia sebagai seorang pengkhianat.

Pengkhianat kepada parti, pengkhianat kepada rakyat.

Hari ini terbukti Zahrain umum keluar PKR dan jadi BEBAS.

Saya cabar Zahrain, jika dia benar-banar rasa dia hebat dan menang kerana namanya DATO' ZAHRAIN, sila letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru dan bertanding semula atas tiket bebas. Bukan melompat sebagai YB Bebas.

Dia ini jenis bangsat tak sedar diuntung. Macam musibat dan kamj
at kata orang Penang. Dia muncul ketika Anwar sudah dibebaskan pada tahun 2004 dan saya percaya dia mungkin rasa Anwar akan terpenjara semula, sebab itu dia takut.

Dalam pertemuan pertama beliau dengan AMk P.Pinang, dia pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka dengan demontrasi, ketika itu saya selaku Ketua AMK P.Pinang dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain sudah tidak senang dengan Zahrain.

Ye lah..tetapi apakan daya...siapa nak dengar cakap AMK ...beritahu pada Anwar Ibrahim pun macam buang garam ke laut saja ataupun umpam
a tuang air ke daun keladi.

Sudah ada gelaran Dato' nak gelaran Dato' Seri pula. Bukankah ini memalukan PKR sedangkan DAP tidak ambil sebarang gelaran pun.

Tidak cukup dengan itu, beliau membawa pula 4 orang taukeh-taukeh dari Gerakan dan MCA untuk menerima gelaran Dato'.

Ini yang menyebabkan 10 pimpinan berbangsa Tioghua dalam PKR mendesak supaya Zahrain ditukar sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.


Beginikah sikap YB yang pentingkan rakyat. Rakyat kah atau pangkat hang yang utamakan.

Dalam pertemuan dengan Lim Guan Eng pad Khamis lepas, Lim Guan Eng berkata beliau seolah-olah menjadi barua Zahrain bila terpaksa bertemu dengan Anwar untuk menyatakan hasrat Zahrain yang mahukan gelaran Dato' Seri.


Akhirnya Anwar terpaksa akur dengan desakan 10 pimpina
n PKR dan menggantikan dengan YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PKR P.Pinang.

Di sinilah bermulanya Zahrain sudah merajuk. Macam budak-budak walapun badan besar macam badak.

Sebab itu beliau tidak hadir dalam roadshow yang Pertama Konvensyen " Menggilap Harapan Rakyat".

Saya sempat menelefon Senator Mustaffa (Pak Mus) sebentar tadi, beliau berkata "lega Din..senang kita nak buat kerja"...itulah ayat Pak Mus yang memang terkenal dengan sikap "Play Save". Pak Mus sudah turn 360% ...he.he..

Beliau menambah "setakat ini dia sorang sorang saja, tak dak siapa ikut dia di P.Pinang." Begitulah ayat Pak Mus yang pernah bersekongkol dengan Zahrain untuk memecat saya bila saya bongkarkan kes penipuan kuari orang kanan Zahrain.

Hari ini Zahrain mengesahkan khabar angin semalam. Beliau akhirnya isytihar bebas. Berita lanjut di sini.

Beliau berkata beliau jadi YB BEBAS yang tidak mesra BN...kah..kah..kah..

Zahrain..saya cadangkan pergi beli kuaci dan kacang goreng banyak-banyak, selepas itu bagi dekat budak-budak tadika KEMAS dan ceritalah pada kanak-kanak tersebut. Depa pasti percaya bulat-bulat pada Zahrain.

Saya dimaklumkan bahawa Zahrain sebenarnya memang telah bertemu Najib. Sebab itu jersi baru bolasepak Penang pun sudah ada logo 1 Malaysia dan saya difahamkan oleh orang kanan Zahrain, jersi itu sebenarnya ditaja oleh Najib.

Zahrain umpama JIN tidak bertuan dan saya percaya akhirnya beliau akan bertemu dengan JIN Altantuya dan akan berkahwin dengannya. Siapakah walinya...siapakah saksinya...berapakah hantarannya....saya yakin anda pun tahu jawapannya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/