SharpShooter Followers

Wednesday, February 24, 2010

Isu Debat - Mengapa GPMS berdolak dalih?

PULAU PINANG, Feb 23 — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pelawaan pergerakan Pemuda dari parti-parti pakatan pembangkang sebagai sesuatu yang tidak berfaedah kerana langkah itu tidak akan mengubah nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya Zambri Mohd Isa berkata kerajaan pakatan pembangkang yang meneraju negeri itu sepatutnya menganjurkan dialog dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di situ.

“GPMS berbesar hati dengan pelawaan Pemuda parti-parti pembangkang itu tetapi berdebat bukanlah cara penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, GPMS juga masih menunggu jawapan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai permintaan untuk berbincang secara bersemuka berkenaan pembelaan orang Melayu Pulau Pinang di bawah kerajaan pakatan pembangkang yang diketuai DAP itu.

“Kami telah menghantar surat pada 4 Feb lepas tetapi setakat ini masih belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya.

Semalam Pergerakan Pemuda dari DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu mempelawa Pergerakan Pemuda Umno dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan orang Melayu untuk menyertai debat terbuka anjuran mereka pada 7 Mac ini. — Bernama

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/