SharpShooter Followers

Wednesday, February 10, 2010

AMK lancarkan kempen "Selamatkan Malaysia - Tolak Fitnah Kedua"

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melancarkan kempen secara besar-besaran sebagai tanda protes terhadap isu kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco AMK Malaysia, Amizudin Ahmat berkata, kempen yang diberi nama ‘Selamatkan Malaysia, Tolak Fitnah Kedua’ itu bertujuan bagi menerangkan kepada rakyat tentang apa yang sedang berlaku kini dan percaya ia adalah sebuah cerita bagi menjatuhkan pemimpin PKR itu.

Menurutnya, persetujuan untuk mengadakan kempen itu dibuat dalam mesyuarat khas AMK Malaysia yang diadakan pada 6 Februari lalu di Selangor.

“Melalui kempen ini, satu risalah akan dikeluarkan satu berhubung kes terbabit serta membuat salinan sebanyak 1 juta risalah untuk diedarkan ke seluruh negara.

“Selain itu, TV Selangor juga akan menyiarkan perkembangan perbicaraan Anwar Ibrahim di mahkamah jam 8 malam setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, cakera padat video (VCD) berkenaan gelombang fitnah ke-2 itu turut dikeluarkan dan juga akan diedarkan ke seluruh Malaysia selain mengadakan wayang pacak di seluruh pelusuk kampung.

Dalam perkembangan berkaitan, Amizudin berkata, satu ceramah perdana akan diadakan pada Jumaat ini di Tapak Pesta Sg Nibong Besar dalam usaha membuka mata masyarakat terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin PKR itu.

Penceramah yang hadir YB Lim Guan Eng, YB Mansor Othman dan YB Mahfuz Omar.

“UMNO tahu hanya Anwar Ibrahim yang boleh menyatu padukan tiga parti ini (PKR, DAP dan Pas), dan perbicaraan yang berlangsung sekarang ini bukanlah perbicaraan Anwar semata-mata, sebaliknya perbicaraan rakyat,” katanya -Sinar Harian

Ikuti vcd dokumentari khas fitnah ke 2...tolong download dan burn, lepas itu edarlah sebanyak mungkin...hak cipta tidak terpelihara...







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/