SharpShooter Followers

Thursday, February 18, 2010

Mengapa Jeff Ooi dan Ramasamy dibiarkan - Tan Tee Beng

Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng yang sebelum ini lantang melabelkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin pendendam hari ini diberi surat tunjuk sebab oleh partinya.

Beliau memberitahu, surat yang diterimanya pada pukul 5.10 petang semalam dengan dakwaan telah melanggar arahan, merosakkan imej parti selain mengkritik pimpinan komponen Pakatan Rakyat dan parti secara terbuka.

Beliau diberi tempoh selama lima hari untuk mengemukakan penjelasan kepada parti sebelum dihadapkan kepada Lembaga Disiplin pada 23 Februari ini atau 6 Mac.

"Saya sentiasa ingat yang pemimpin pakatan terbuka menerima kritikan. Mereka sepatutnya sedia mendengar pendapat yang berbeza.

"Tetapi hari ini nampaknya mereka tidak boleh disentuh apatah lagi dipersoalkan. Jika bercakap benar boleh merosakkan parti, maka parti itu sendiri patut dipersoalkan, bukan saya.

"Tiada apa yag perlu saya takutkan dan saya akan beri penjelasan dalam tempoh dua hari. Saya bertegas dengan apa yang telah saya katakan sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mendesak kerjasama daripada DAP supaya mengambil tindakan sama ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy kerana membuat tuduhan liar ke atasnya.

Beliau juga mahu, pemimpin PKR mengkaji kebenaran kritikannya ke atas Lim.

“Tanpa siasatan seumpama itu, ia adalah sesuatu yang tidak adil bagi saya," jelasnya.

Katanya, beliau belum membuat keputusan sama ada mahu bertemu dengan jawatankuasa disiplin atau tidak tetapi menegaskan tidak akan keluar PKR buat masa ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/