SharpShooter Followers

Monday, February 08, 2010

AMK dan Reformis lancar gerak kerja membela Anwar

SEKEJAP tadi berlangsung himpunan ringkas di perkarangan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor untuk menyatakan sokongan dan memberi semangat kepada Anwar Ibrahim yang kini sedang menghadapi perbicaraan tuduhan liwat kali kedua.

Himpunan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dihadiri hampir 1000 para penyokong Anwar terdiri dari pada reformis.

Himpunan sekejap tadi juga memberi pengertian tersendiri bila mana para reformis yang sebelum ini bercemperaian selepas Anwar dibebaskan dari penjara kini berhimpun dan berjumpa kembali untuk terus bersama Anwar.

Mereka yang sebelum ini menghilang diri apabila Anwar bebas dan PKR bersama DAP dan Pas menguasai empat kerajaan negeri, tiba-tiba muncul beramai-ramai bagaikan kalkatu keluar dari lubang setelah Anwar menghadapi musibah kali kedua.

"Kami bukan memperjuangkan pangkat dan kedudukan, tetapi kami memperjuangkan kebenaran dan keadilan didokong oleh Anwar. Sebab itu bila Anwar ditimpa musibah kami akan bersatu untuk menyokongnya. Masalah dan kesusahan Anwar adalah masalah dan kesusahan kami juga," demikian kata seorang reformis penuh bersemangat kepada saya.

Walaupun himpunan sekejap tadi dibuat dalam short notis tetapi ternyata kepantasan para refomis dan golongan muda terutamanya yang bergabung dalam AMK mengaturkan gerak kerja sesuatu yang boleh dipuji. Kemampuan mengadakan himpunan itu menunjukkan AMK tidak mudah patah semangat dalam memperjuangkan reformasi.

Anwar turut sama hadir meraikan himpunan berkenaan. Kedatangan Anwar bolehlah disifatkan sebagai merasmikan himpunan AMK untuk memulakan gerak mempertahankan beliau.

Sebagai simbolik bermulanya gerakan membela penasihat PKR itu, Anwar dikenakan t shirtt shit berkenaan laungan reformasi bergema beberapa kali mengembalikan nostalgia kira-kira 10 tahun lalu. Lauangan itu berjaya meremangkan bulu roma.

Bagaimana pun agak menyesalkan sedikit tidak ramai pemimpin utama PKR yang hadir. Mungkin mereka tidak menyedari himpunan berkenaan. Hanya beberapa orang wakil rakyat yang kelihatan. Antara mereka, Noridah Kamarudin (Ampang), Tian Chua (Batu), Mike Manikavasagan (Kampar), Haniza Talha (Batu Tiga), Manakala Nurul Izzah (Lembah Pantai) dikatakan tiba selepas bapaknya meninggalkan himpunan berkenaan.

Orang kanan Anwar yang juga wakil rakyat Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali tidak kelihatan bersama himpunan berkenaan. Menurut maklumat beliau dikatakan berada di lokasi memandangkan keretanya di parking di situ.

Dalam ucapan ringkasnya Anwar menjelaskan beliau tidak gentar dengan tindakan mahkamah yang dikenakan kini. Katanya, takdir beliau dipenjarakan sekali lagi ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepadanya dan perjuangan menegakkan keadilan. "Saya sudah dipenjara selama enam tahun, tidak ada apa-apa pun," katanya merujuk kepada dirinya tahanan itu tidak sedikitpun melemahkan semangatnya.

Seperti 10 tahun lalu beliau menyifatkan apa yang berlaku ke atasnya adalah strategi untuk memalukannya. Tindakan ini katanya kerana pihak berkenaan takut kepada sokongan rakyat kepada perjuangan yang dipanjikan. Beliau berterima kasih kepada penyokong yang tetap setia bersamanya. "Ada juga yang telah lari, tetapi masih ada yang menyokong saya, terima kasih." ujarnya yang berlambang wajahnya berwarna oren yang menjadi tema reformasi kali ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/