Keterangan barisan pendakwaraya untuk menuduh DSAI terlibat dalam kes liwat kali ini, dengan menyatakan terdapat kesan air mani dalam dubur Si Saiful maka berlaku penembusan.
Perkara ini dikemukakan semasa berhujah bagi mempertahankan alasan bahawa wujud kes bagi meneruskan perbicaraan.
Kes kali ini adalah mengulangi episode kisah Nabi Yusoff a.s. dan merupakan satu lagi konspirasi bagi menjatuhkan beliau dan kerjaya politik serta untuk mengerhanakan Pakatan Rakyat keseluruhannya.
Mendidik sirah para nabi merupakan sebahagian daripada pendekatan dalam tarbiyyah Islamiah, supaya kisah dan teladan ini lebih meyakinkan mereka kepada perjuangan.
Memetik sirah Nabi Yusoff a.s sebagaimana di huraikan oleh Qisahahul Anbiyaa’ Ibratun Lil-Ulil Albaab (Kisah para Nabi – Teladan bagi orang yang berakal) Karya Ibu Katsir menjadi rujukan saya dalam menyampaikan pandangan kali ini.
Punca kepada kisah ini adalah kedengkian saudara-saudara Nabi Yusof a.s kerana kasih sayang Nabi Yaakob a.s kepada Nabi Yusof a.s dan saudaranya Bunyamin. Kecintaan dan kasih sayang yang berlebihan dari seorang bapa kerana terlihat tanda-tanda kebesaran, keagungan dan kehebatan yang ada padanya.
Kasih sayang dan kehebatan rakyat kepada DSAI yang menyebabkan politik golongan pendengki terancam. Allah menceritakan kisah ini dalam surah Yusof ayat 10-18. (Sila rujuk tafsir Al-Quran).
Konspirasi saudara Yusof ini diceritakan oleh Allah dengan jelas, bahawa mereka akan mencampakkan Yusof kedalam perigi, dengan tujuan menyingkirkan dan membuang jauh-jauh dari wilayah ini, sehingga tidak mungkin kembali.
Konspirasi untuk menyingkirkan DSAI ke penjara agar ia tidak kembali lagi kepada rakyat. Kerana ini sahaja pada pandangan mereka kunci untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat.
Mereka terlupa pada pelajaran konspirasi pertama, lagi ditekan dan ditindas lagi kuat keazaman rakyat untuk bangun menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka terlupa bahawa yang akan memenangkan hati manusia adalah Allah swt.
“Mereka merancang , Allah juga merancang, Tetapi perancangan Allah mengatasi perancangan mereka.”
Kebimbangan Nabi Yaakob a.s. adalah kerana takut mereka terlalai dalam mengawasi adik mereka ini, lantas di baham serigala. Dalam Al-Quran Allah berfirman, Mereka menjawab : “ Kalau dia sampai diserang oleh serigala, tentu kami benar-benar orang yang tidak berguna, Sebab kami ini kelompok yang kuat”.(Surah Yuisof ayat 14).
Akhirnya Nabi Yaakob a.s mengizinkan mereka membawa Nabi Yusoff a.s. Apabila lenyap dari pandangan ayah mereka, dengan serta merta mereka mencaci maki dan menghina dengan tindakan dan ucapan.
Siri-siri penghinaan dan cercaan palsu akan bermula dengan keterangan dari pendakwaraya apabila memulakan kes.
Serentak dengan pilihanraya di Perak, Kota Siputeh dan Sarawak yang dirancang jika begitulah jadinya. Akan disiarkan kenyataan palsu ini dimuka hadapan media arus perdana dan media eletronik, untuk mengambarkan kekejian dan kehinaan DSAI, supaya rakyat menolak Pakatan Rakyat.
Selepas mereka mencampakkan Nabi Yusof a.s. kedalam perigi pertama-tama yang mereka lakukan adalah mencipta bahan bukti, iaitu pakaian. Pakaian itu dilumuri dengan darah binatang, kemudian mereka pulang untuk mengadap ayah mereka di waktu petang dengan menangis.
Menyentuh tentang masalah ini, sebahagian ulama’ salaf mengingatkan “Kamu jangan terperdaya oleh airmata (tangisan) orang yang zalim, cukup ramai orang yang berbuat zalim tetapi dia juga menangis”.
“Mereka datang membawa bajunya dengan berlumuran darah palsu” (Surah Yusoff ayat 18). Maksudnya darah (binatang) yang sengaja disapukan pada baju Yusof. Darah itu berasal dari darah anak kambing yang mereka sembelih.
Usaha itu mereka lakukan agar ayah mereka benar-benar yakin bahawa Yusof telah diserang serigala. Dikatakan bahawa ketika itu mereka lupa mencarik-carik baju tersebut. BAHAYA DUSTA ADALAH TERLUPA. Nabi Yaakob a.s melihat dengan jelas tanda-tanda yang meragukan pada mereka, maka semua alasan yang mereka buat tidak dapat menggoyahkan keyakinannya.
Ketika semuanya sudah jelas maka Yaakob hanya berkata : “Sebenarnya kamu sendirilah yang memandang baik perbuatan yang buruk ini, Maka kesabaran adalah jalan yang terbaik. Hanya Allah saja yang patut dimohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan ini “ (Surah Yusof ayat 18)
Baju tak carik, tapi darah Nabi Yusof di sapu pada bajunya. Bagaimana kita menafsirkan kisah ini dalam episode kali ini.
Demikian konspirasi kali kedua terhadap DSAI kali kedua, Dubur Si Saiful tak pecah, tak koyak, menurut keterangan doktor yang merawatnya. Namun DNA DSAI ada di dalam duburnya.
Alahai para konspirator insaflah, jangan sampai perbuatan ini dilakukan semata-mata mengharapkan habuan dunia yang sementara, Semua kita akan kembali kepada yang maha Pencipta, Kita akan meninggalkan dunia ini dengan semua harta, pangkat, darjat dan kekuasaan yang kita miliki. Pada waktu itu hanya amal ibadah yang kita bawa untuk mengadap Allah swt.
Mudah-mudahan Allah swt membuka mata hati kita untuk menerima musibah kali ini dengan penuh kesabaran serta mengharapkan yang terbaik buat DSAI, keluarganya serta seluruh pendukong Pakatan Rakyat.
Doa saya adalah , “Ya Allah, Sekiranya penjara itu baik bagi dirinya, ahli keluarganya dan rakyat umumnya, maka kepadaMu kami berserah. Tetapi jika kebebasan beliau baik untuknya, ahli keluarganya dan rakyat umumnya, maka Ya Allah kepadaMu jua kami berserah. Kami hanya mengharapkan yang terbaik dariMu Ya Allah, Amin”.
Disediakan oleh :
Al-faqir Ilallah Ahmad bin Kasim,
Ahli Parlimen Kuala Kedah merangkap
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Kedah Darul Aman.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/