SharpShooter Followers

Thursday, February 18, 2010

AMK selar Pemuda UMNO lapor polis isu VCD liwat

BUKIT MERTAJAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar tindakan Pemuda UMNO Negeri yang membuat laporan polis Isnin lalu berkenaan isu mempromosikan Video Cakera Padat (VCD) kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menghina mahkamah.

Exco AMK Pusat, Amizudin Ahmat berkata, VCD berkenaan tidak bermaksud untuk menghina atau mengganggu prosiding yang sedang dijalankan di mahkamah, sebaliknya ia hanya mengandungi pengakuan oleh seorang doktor Hospital Pusrawi yang mengesahkan Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurutnya, AMK tidak gentar dengan tindakan Pemuda UMNO itu dan akan terus menyebarkan VCD berkenaan supaya rakyat dapat membuka mata serta tahu akan kes liwat Saiful itu hanyalah fitnah yang mahu menjatuhkan kerjaya politik pemimpin mereka.

“Ketika majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Millenium, Kepala Batas Selasa lalu juga kami ada menyebarkan VCD ini kepada khalayak umum.

“Walaupun ada pihak yang ingin merampas VCD ini daripada kami, namum ia tidak sedikitpun mematahkan semangat kami untuk terus menyebarkannya bagi menegakkan kebenaran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua AMK Kepala Batas berkata, ramai dalam kalangan ahli UMNO yang hadir pada ceramah malam itu mengatakan bahawa pimpinan UMNO menggunakan isu liwat ini bagi menjatuhkan Anwar.

Sementara itu, beliau berkata, risalah mengenai ‘Selamatkan Malaysia, Tolak Fitnah Kedua’ pula akan terus disebarkan kepada seluruh rakyat negara ini setiap hari sepanjang kes dijalankan sehingga ia tamat.

Katanya, ia akan disebarkan peringkat demi peringkat bergantung kepada kes yang dijalankan pada hari itu.

Sebelum itu, Sinar Harian dalam laporannya bertarikh 16 Februari lalu menyiarkan tentang laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Muhammad Razil Abdul Rahim di Balai Polis Sungai Nibong terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa mempromosikan tayangan VCD mengenai kenyataan menghina mahkamah * Azila - Sinar Harian.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/