SharpShooter Followers

Saturday, February 13, 2010

ZAHRAIN TAKUT UNDI TIDAK PERCAYA KEPADANYA

KENYATAAN MEDIA
Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) NEGERI PULAU PINANG

Selepas kritikan yang tidak berasas kepada Ketua Umum parti iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, kita memang menjangka Dato Seri Zahrain akan keluar dari parti.

Justeru keputusan ini tidak sesekali mengejutkan kita walaupun kita kesal dengan kenyataan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Dato Seri Zahrain.

Sebenarnya cabang beliau sendiri telah menghantar surat untuk berjumpa dengan beliau tetapi beliau tidak berani bersemuka dengan anggota-anggota cabangnya sendiri. Ini bermakna beliau tidak mempunyai pengikut di cabang beliau sendiri.

Malah cabangnya sendiri bercadang untuk membuat undi tidak percaya kepada beliau. Ini sekaligus membuktikan beliau tidak mempunyai pengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang malah di cabangnya juga.

Dato Seri Zahrain sekarang bebas untuk membuat kritikan kepada Pakatan Rakyat kerana beliau tidak lagi terikat dengan permuafakatan Pakatan Rakyat namun Dato Seri Zahrain mesti ingat bahawa ahli-ahli parti juga kini bebas membuat kritikan kepada beliau tanpa sebarang sekatan.

Y.B. MANSOR BIN HJ. OTHMAN
12 FEBRUARI 2010


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/