Chegubard bersama Dato Fauzi telah bertemu dengan Presiden Dato' Seri Wan Azizah petang kelmarin untuk mengantar 6 resolusi "rapat Anak Muda". Pertemuan itu akhirnya membuatkan Presiden parti bersuara buat kali pertama sejak isu pemilihan ditimbulkan.
Chegubard menegaskan beliau tidak bermaksud membuat ugutan kepada Presiden dan parti tetapi beliau mahu tindakan segera diambil bukan lagi akan cuba...akan ambil tindakan.. akan jalankan siasatan dan sebagainya.
"Persoalannya ialah kami minta mesti ada tindakan.." tegas Chegubard.
Dalam masa yang sama Chegubard juga telah membidas Zaid Ibrahim, katanya "Apa yang Zaid buat itu benar-benar salah. saya tidak bersetuju langsung dengan tindakan Zaid. Tindakan Zaid itu tidak betul..banyak kenyataan kenyatannya tidak betul..tidak betul dalam hal yang terlalu melampau..."
" Zaid perlu menggunakan sepenuhnya ruang dalam parti untuk memperbaiki keadaan..perlu menghantar aduan..perlu bertemu..perlu buat rapat dengan anggota.." tambahnya lagi.
Hari ini Zaid sekali lagi telah menyembah Utusan Meloya yang dianggap olah Keadilan dan Pakatan rakyat sebagai "toilet paper" untuk meluahkan rasa derita jiwanya di sini. Tindakan ini sekali lagi tidak betul dan Zaid sepatutnya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Zaid dalam wawancara bersama Utusan Meloya di kediamannya di Tropicana Golf & Country Club, Damansara Jumaat lalu berkata "Kalau kita berjuang bersama kumpulan yang sesat kita pun nanti sama macam mereka, nak letak mana prinsip perjuangan kita. Bagi saya yang penting soal prinsip."
Inilah juga bahana hasrat Anwar cuba memperkuatkan Keadilan dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya selepas itu meletakkannya di tempat tertinggi parti.
Anwar perlu ingat sejarahnya yang sudah pun menjadi orang kesayangan Dr. Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam pemilihan parti.
Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.
Jika Anwar belajar daripada pengalaman Dr. Mahathir dan mahu terus menerajui Keadilan dan melihat parti terus relevan kepada Pakatan rakyat, Anwar tidak ada jalan lain melainkan terpaksa bertindak tegas bukannya menjadi kempen manager Azmin.
Anwar perlu belajar daripada peristiwa lalu. Kalau Anwar sedar dan belajar, tentulah Anwar lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid ke dalam Keadilan. Siapa yang membawa masuk dan menatangnya "bagai minyak yang penuh" kemasukan Zaid Ibrahim? sudah pasti Anwar bin Ibrahim.
Anwar..bertindaklah..ubah sebelum parah....ubah demi maruah.....
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/