Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah.
PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.
"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?
"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.
Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.
"Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.
Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang.
Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada.
"Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya.
Konvensyen DAP Selangor ke-16 juga telah meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan.Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.
Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini.
Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan.
DAP Selangor juga menggesa pemimpin pakatan pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatupadu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini.
Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/