Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.
Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.
DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.
Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”
Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting Azian Ariffin, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya.
Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.
Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.
Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
Dakwanya, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.
Pada Januari lalu, Lim menerangkan bahawa keutamaan adalah bagi Pulau Pinang dibangunkan sebagai “ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi, kreatif dan pengetahuan inovatif”.
Katanya, projek berkenaan akan menarik minat penubuhan sekolah antarabangsa, cawangan kampus universiti, koleh berasakan perkhidmatan dan juga pusat sains. Kerja-kerja dijadualkan bermula dalam setahun dua ini.
Namun, projek itu mendapat bantahan daripada Umno Pulau Pinang dengan asas bahawa satu daripada cawangan kampus adalah daripada sebuiah universiti di Singapura, tanah milik Melayu yang terlibat dan bayaran pampasan adalah rendah.
Polis kemudiannya memberikan amaran kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.
Seorang daripada mereka, Ariff Ibrahim dari Balik Pulau, enggan mematuhi arahan itu dan menjerit “kami akan pertahankan tanah Melayu!”.
Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke sebuah balai polis.
Antara mereka dibenarkan masuk adalah Azian dan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu, Shahabuddin Ahmad, untuk menyerahkan memorandum berhubung pengambil-alihan tahah di Balik pulau.
Norman berkata wang itu dikutip daripada 600 orang yang berjumlah RM23,700. Namun, dia tidak pasti jumlah wang yang dicadang untuk dipulangkan itu.
“Ia hanya diserahkan kepada saya oleh Umno supaya dipulangkan kepada kerajaan negeri. Saya tidak pasti jumlahnya,” katanya.
Menurul Rezal dan Satees, wang itu sepatutnya dikira dan mesti dikepilkan bersama senarai individu yang memulangkannya.
Norman yang tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan Satees tetapi dileraikan.
Ramasamy, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata beliau akan berbincang dengan Satees dan menyarankannya membuat laporan polis berhubung keganasan berkenaan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/