SharpShooter Followers

Monday, November 15, 2010

TV3 dihalau, benarkah Chegubard mahu parti Keadilan diharamkan?



TV3 dihalau dari membuat liputan pemilihan Keadilan Cabang Petaling Jaya Selatan. Eloklah tu sebab TV3 adalah tali barut umno dan tukang putar belit laporan Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Sudah 12 tahun Tv3 kerjanya melaporkan yang buruk dan fitnah sahaja tentang Keadilan dan Pakatan Rakyat manakala umno dan b-end sahajalah yang terbaik tambah-tambah lagi bila tiba musim pilihanraya.

Hidup anda akan lebih sihat tanpa TV3.



Dalam TV Selangor, Calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan semalam telah mengeluarkan kenyataan tentang suara akar umbi "Rapat anak muda Keadilan" yang mahu pemilihan ditangguhkan sementara waktu.

Katanya "kita mesti pilih pemimpin kerana waktu 6 bulan itu telah tamat kecualilah jika pihak-pihak ini mahu parti Keadilan diharamkan." Kenyaataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini telah mengundang kontroversi.

Adakah benar anak muda tersebut mahu parti Keadilan diharamkan sedangkan jelas perhimpunan Rapat anak muda itu bertemakan "selamatkan Keadilan".

Sebelum itu kemelut pemilihan Keadilan 2010 telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Mustaffa Kamil Ayub telah menghantar memorandum manakala 6 Resolusi rapat anak muda telah disampaikan sendiri oleh Chegbard bersama Dato' Fauzi kepada Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah.

Enam resolusi yang dikemukakan Rapat Anak Muda PKR merangkumi;

1. Media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan

2. Pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod

ke arah memperkasa anggota dan rakyat.

3. Rapat anak muda memperakui bahawa pemilihan parti kali ini mempunyai banyak masalah.

4. Parti mesti dengan segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat.

5. Memutuskan agar semua calon dan/atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan dan/atau menarik diri daripada bertanding berikutan krisis yang melanda.

6. Atas sifatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dan tidak bertanding, Rapat Anak Muda bersetuju agar Fauzi menjadi jurucakap dan membawa resolusi ini untuk diserahkan kepada Presiden parti.

Kumpulan tersebut yang diwakili calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) bersama Dato' Fauzi telah mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah serta ahli Biro Politik iaitu Bendahari PKR William Leong dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Dr Mohd Noor Manuty.

Akhirnya buat kali pertama Kak Wan telah bersuara tentang isu pemilihan dan berjanji akan semak dan siasat serta akan ambil tindakan tanpa pilih kasih. Hanya Kak Wan sahaja harapan sandaran diletakkan oleh pencinta dan pendukung Parti Keadilan Rakyat yang boleh berbuat sesuatu untuk selamatkan dan meredakan keadaan.



Benarkah dakwaan Shamsul Iskandar bahawa Chegubard dan rapat anak muda serta Mustaffa kamil Ayub mahu menangguhkan pemilihan kerana mahu haramkan Parti Keadilan Rakyat?

Ikuti malam ini penjelasan Chegubard yang akan muncul di Astro Awani 501 dalam "Sudut Pandang" bertajuk "Pemilihan Parti Keadilan" jam 10 malam secara langsung.

Terkini...Shamsul Iskandar juga akan muncul bersama Chegubard malam ini di Astro Awani. Pasti akan bertambah menarik. Anak muda berjiwa besar.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/