SharpShooter Followers

Tuesday, November 02, 2010

Syabas dan tahniah kerana peka dengan kehendak ahli parti



Syabas dan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat kerana peka dan sensitif dengan aduan dan teguran yang diterima. Akhirnya laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat telah memaparkan keputusan rasmi di setiap cabang sebagai rujukan calon dan penyokong. Inilah yang kita mahukan. Anda boleh layari di sini

Memang banyak persoalan timbul bila Saifudin Nasution umumkan kesilapan data oleh 'kesilapan manusia' semalam.

Ada yang bertanya mengapa Saifudin Nasution yang membuat sidang media bukannya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)? Berbagai persoalan dan tohmahan timbul kerana wakil calon tidak diberi salinan keputusan rasmi.

Bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu yang diutarakan. Kita kena ingat bukan ahli Keadilan sahaja yang mengikuti pemilihan ini tetapi rakan dari PAS dan DAP serta umno dan b-end. Sebab itu kita tegur kerana kita sayangkan parti bukan sebab kita sayang calon tertentu.

Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti itu yang wajib kita selamatkan kerana kita tidak mahu imej Parti Keadilan Rakyat terus tercalar dengan pemilhan yang tidak telus dan JPP dianggap lebih teruk dari SPR.

Janganlah pula disalah ertikan orang yang menegur, janganlah pula cepat melenting bila ditegur. Syabas dan tahniah juga kepada petugas JPP dan pegawai yang bertungkus lumus memastikan perjalanan pemilihan berjalan lancar.

Selama tiga hari sharpshooter menjadi wakil calon, Abang Mokhtar dari Gopeng Perak dan Sdr Rodzi dari Permatang Pauh adalah Ketua Pegawai yang terbaik. Mereka sangat tegas dan profesional dalam menjalankan tugasnya dan ternyata sistem yang abg Mokhtar gunakan untuk pengiraan undi adalah terbaik dan cepat.

Terbukti di Kulim Bandar Baru dan Batu Kawan, keputusan penuh rasmi telah diketahui seawal jam 8.00 malam. Bukan seperti di Kubang Pasu, jam 11 baru selesai pengiraan dan menimbulkan kontroversi. Syabas dan tahniah sekali lagi...teruskan perjuangan...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/