SharpShooter Followers

Monday, November 01, 2010

Silap Data ..Azmin pula di atas

Keputusan rasmi kali ketiga dikeluarkan hari ini termasuk penjelasan pada sidang media menunjukkan Naib Presiden Azmin Ali pula mendahului saingan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat.

Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden Keadilan, mengumpulkan 1,149 undi.

Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.

“Ia kesilapan manusia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat keadilan di sini hari ini.

Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi.

Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051.

Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.

Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271.

Sharpshooter - Mengapa sampai perlu buat sidang media?

Keputusan di sebelah kiri ini diambil sebelum sidang media diadakan. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Kita selalu kecam SPR kononnya tidak telus tetapi mengapa wakil calon atau calon tidak diberi salinan keputusan rasmi pemilihan dicabang?

Jika dalam pilihanraya, PACA (Poling Agen Counting Agen) selalu diingatkan tentang pentingnya Borang 14 ditandatangani oleh pegawai SPR di setiap tempat mengundi untuk dijadikan rujukan supaya tidak berlaku penipuan oleh SPR.

Sepatutnya dalam pemilihan Keadilan 2010, perkara yang sama patut diamalkan. Maknanya wakil calon wajib tandatangan keputusan rasmi pemilihan di cabang dan satu salinan keputusan rasmi wajib diserah kepada wakil calon.

Sharpshooter sudah tiga hari berturut-turut menjadi wakil calon tetapi malangnya ada tempat yang pegawainya tidak mahu tandatangan salinan keputusan rasmi yang diusahakan atas inisiatif wakil calon sendiri atas alasan beliau tidak mendapat arahan pusat.

Apa jaminan tidak ada "tangan ghaib" yang akan mengubah keputusan sedangkan wakil calon atau calon dinafikan haknya untuk mempunyai satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang?

Sharpshooter bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi sharpshooter mahu melihat keadilan itu terlaksana. Bukan susah sangat pun untuk memberi satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang kepada wakil calon atau calon supaya pertikaian tidak berlaku.

Teguran ini hanya untuk menambahbaikkan Parti Keadilan Rakyat. Inilah satu-satunya parti yang berani membuat perubahan besar dengan memberi setiap ahli satu undi untuk memilih Pemimpin di semua peringkat.

Kepada semua pegawai dan pihak sekretariat yang menjalankan tugas dengan amanah, sharphooter ucapkan syabas dan tahniah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/