Oleh Dzulkarnain Taib |
SANDAKAN 4 Nov - Peratusan keluar mengundi yang agak rendah hari ini di Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi mencerminkan undi protes pengundi Melayu dan Cina di kawasan tersebut. Menurut wakil calon, James Lim Ching Ding berkata peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan ramai pengundi Melayu dan Cina tidak mahu mengundi calon BN dan masih membuat keputusan samada memilih antara calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Maklumat tidak rasmi yang diperolehi daripada Jabatan Pilihan Raya Pusat KEADILAN di Bandar Ramai-Rami mengatakan peratusan yang keluar mengundi tertinggi di catat di pusat mengundi SK Pulau Timbang di dalam DM Tronlit iaitu sebanyak 73 peratus atau 717 daripada 984 pengundi. |
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/