SharpShooter Followers

Tuesday, August 02, 2011

Che Det akan dipanggil ke mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, kata DPP Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

NONEBeliau memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas meminta bekas pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sahari Mahadi untuk mengesahkan sepucuk surat yang ditulis oleh Ling kepada Dr Mahathir.

Sahari merupakan saksi kedua pendakwa dalam perbicaraan tersebut.

Ling pada mulanya dituduh menipu jemaah menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Dalam tuduhan pindaan - yang didedahkan oleh peguam semalam - Ling didakwa telah gagal mendedahkan fakta-fakta yang berkaitan dengan faedah 7.5 peratus setahun sebagai tambahan kepada kos tanah yang telah dijual pada harga RM25 sekaki persegi yang berjumlah RM1,088,456,000 .

Dalam pertuduhan pertama, Ling didakwa menipu jemaah menteri supaya bersetuju dengan syarat-syarat pembelian di antara KDSB dan LPK dan memberikan kelulusan untuk membeli.

NONELing dituduh melakukan penipuan dengan mengetahui bahawa dia (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Pertuduhan itu, di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu jemaah menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama.

Pertuduhan tersebut - mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan - membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut dijangka mendengar keterangan 40 orang saksi.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/