
Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."
Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya masih belum dipecat daripada kerajaan BN.
Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.
Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.
Rosmah telah pun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.
Sharpshooter - Kagum dengan ketabahan Kak Wan dalam mengharungi liku-liku perjuangan. Kak Wan merupakan Ketua Pembangkang Wanita pertama di Malaysia. Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus berjuangan menumbangkan regim...