SharpShooter Followers

Tuesday, August 02, 2011

Keadilan akan teliti akaun Dawama di Parlimen

KUALA LUMPUR 2 OGOS : Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata beliau akan membawa isu kemelut antara Dawama Sdn Bhd dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada sidang Dewan Rakyat, Oktober depan untuk membongkar kontroversi yang menyebabkan hampir 400 pekerja syarikat itu diarahkan bercuti tanpa gaji bermula semalam.

Menurut Azmin, tindakan Dawama itu tidak mengikut peruntukan undang- undang yang ditetapkan sehingga menyebabkan pekerja-pekerja hilang punca pencarian terutamanya menghadapi Ramadan dan Hari Raya nanti.

"Kalau Dawama kata mereka tidak dapat keuntungan, tidak mengapa...kita akan bawa perkara ini di Parlimen dan kita akan minta agar akaun syarikat ini dibentangkan di Parlimen.

"Saya akan kaji perkara ini dan saya bersama pimpinan akan bangkitkan perkara ini di Parlimen, kita juga mahu tahu apa yang berlaku...adakah benar perjanjian konsesi ini menyebabkan syarikat tidak mendapat keuntungan," katanya pada sidang media di depan pejabat Dawama, Hulu Klang di sini.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada minggu lalu telah memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerja ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit."Selama ini pengurusan syarikat sentiasa diangkat (dipuji) tapi kali ini kita akan bongkarkan...kalau syarikat yang mengalami masalah maka pengurusan syarikat yang perlu memikul beban bukan pekerja.

"Pekerja- pekerja tidak harus ditamatkan perkhidmatan kerana masalah yang berlaku," kata Azmin.

Timbalan Presiden PKR ini juga mendesak agar Putrajaya menamatkan konsesi antara Dawama dan DBP dengan serta- merta.Azmin menyatakan bahawa proses penswastaan itu membuktikan banyak penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian.

"Banyak projek- projek penswastaan kerajaan gagal, banyak yang menemui kegagalan...penswastaan sepatutnya memberikan kebaikan kepada pekerja."Jadi kita mahu ia ditamatkan dan dikaji semula, serahkan semula kepada DBP untuk menguruskannya," katanya.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun akan tamat pada 2014.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/