Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Jeff Ooi, yang juga ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan mengadap Jawatankuasa Disiplin parti Jumaat ini selepas meminta seorang anggota Exco Pulau Pinang Wong Hon Wai meletak jawatan.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata jawatankuasa itu telah mengarahkan Ooi untuk menghadiri perbicaraan yang diadakan di ibu pejabat parti pada pukul 4 petang Jumaat ini.
"Kami telah memanggil beliau untuk tampil dalam perbicaraan bagi menjelaskan tindakannya. Kami ingin tahu kenapa beliau memilih menggunakan media untuk menyuarakan kritikannya. Jawatankuasa Disiplin akan melihat perkara ini, mencari kebenaran mengenai hal ini," katanya ketika dihubungi Benama.
Tan berkata Jawatankuasa Disiplin parti DAP itu bukan hanya untuk menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan anggota parti tetapi juga memainkan peranan penting untuk memperbaiki imej dan reputasi parti.
Ooi, Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Wong, yang juga Bendahari DAP negeri, bertelagah mengenai permohonan rumah kos rendah di Pulau Pinang.
Ooi dan Wong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Negeri, Perumahan dan Kebudayaan, dilaporkan mempertikaikan satu sama lain mengenai senarai nama bagi perumahan kos rendah di Batu Lanchang.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, berkata tindakan Ooi "keterlaluan dan melampaui batas kesopanan".
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan larangan menghalang anggota parti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pertelingkahan Ooi dan Wong.
Ditanya sama ada Wong akan turut dipanggil dalam perbicaraan itu, Tan berkata ia tidak perlu buat masa ini.
- Bernama
Sharpshooter - Untuk makluman, Jeff Ooi juga pernah diarah oleh mahkamah membayar RM150 ribu kepada bekas Ahli Majlis MPPP Hj Razali Abdullah kerana berniat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam. Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh
Akhir Piala Malaysia
-
*KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan
hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahi...
2 hours ago